cp 59

748 86 0
                                    

"Claire?" Tiba nama aku disebut.

Aku yang berjalan tadi terhenti. Rechel dan Ian juga turut terhenti. Aku menoleh ke belakang dan terkejut aku melihat gerangan yang menyebut nama aku tadi.

"Leyna, Grace."

"Oh, jadi betul lah kau Claire kan," perempuan bernama Leyna itu berkata.

Aku diam menatap muka dua perempuan itu. Mereka adalah rakan sekelas aku dan aku benci mereka.

"Siapa ni Claire?" Soal Rechel.

Aku menjeling ke arah Rechel tanpa menjawab soalan dia.

"Kawan kau ke?" Aku masih lagi diam.

"Kalau dia kawan kau jadi, hai. Aku Rechel, kawan Claire dekat sekolah baru dia," budak itu memperkenalkan dirinya.

Boleh ya sesenang tu je, dia kenalkan dirinya pada orang lain. Aku tidak jawab pun mereka itu kawan aku atau tak.

"Kawan? Kau kawan dengan dia ni?" Tanya Grace sambil menunjuk ke arah aku.

"Kenapa pula? Salah ke?"

"Kau dah bodoh ke kawan dengan perempuan ni. Aku yang dulu sama dengan kelas dia pun tak berani nak berkawan dengan perempuan ni."

Sakit hati aku apabila mereka mengatakan aku seperti itu. Memang aku tidak boleh percaya dengan mereka ni. Semua talam dua muka.

Rahsia aku tentang sekolah ini nampaknya akan terbongkar pada Rechel dan Ian sekarang. Aku baru terfikir mahu mengekalkan hubungan ini lama sedikit. Tapi tak sangka pula boleh tamat dalam waktu yang singkat ini.

Aku pasti sangat mereka berdua akan menjauhi apabila tahu kejadian yang pernah aku lalui di sekolah ini.

"Aku tak faham apa maksud korang berdua ni?" Rechel menyoal.

"Kau tahu, perempuan sebelah kau tu bukan manusia. Dia tak layak dipanggil manusia dengan peragai syaitan dia," Leyna tersenyum senin.

"Syaitan?"

"Kau mungkin tak tahu semua ni, tapi percayalah perempuan ni dulu pernah seksa seorang pelajar dekat sini sampai dia kena buang sekolah. Dan pelajar tu adalah kawan dia sendiri. Lepas kejadian tu, dia buat tak tahu je dengan pelajar tu macam dia tak wujud dekat sekolah ni. Macam syaitankan peragai dia."

Rechel dan Ian memandang terkejut kepada aku. Apa yang diberitahu oleh Grace tadi memang betul tapi dia salah satu perkara. Pelajar tu bukan kawan aku. Aku tak pernah ada kawan macam dia.

"Claire be-"

"Apa yang kau nak?" Soal aku memotong ayat Rechel.

"Wow! Finally kau bercakap. Lama aku tak dengar suara kau," dia tersenyum senin melihat aku.

"Kau hebat ya. Lepas kau buat Maria kena buang sekolah, kau masih lagi boleh tunjuk muka kau dekat sekolah ni. Kau tak pernah rasa malu ke?"

Semakin sakit hati aku pada mereka. Aku membuka langkah mendekati dia orang pelajar itu. Peragai mereka memang tidak berubah dari dulu.

"Malu ke tak, itu urusan aku. Bukan urusan kau." Tegas aku.

"Okay, itu urusan kau. Tapi pasal Maria itu urusan aku. Dia kawan aku. Dan kau buat dia kena buang sekolah macam dia tak pernah tolong kau sebelum ni. Apa masalah kau dengan dia?"

"Cuba kau tanya dengan dia sendiri, siapa yang salah sebenarnya. Also dia yang buat diri dia sendiri kena buang sekolah. Bukan ku."

"Hey, kau fikir kami berdua ni bodoh sangat ke. Kami berdua tahu lah kau yang letak pendrive cikgu Theo dalam beg dia."

Tears of Melody [✔️]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt