cp 22

865 114 0
                                    

Aku berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang cukup besar bersama Ian dan Rechel. Sekarang sudah sampai masa untuk kami bertiga buat persembahan.

Kami bertiga mengikuti madam Kelly yang berjalan di hadapan kami bersama dengan madam Lisa. Setelah hampir 3 minit berjalan, akhirnya kami tiba di bilik itu.

Aku masuk dan melihat sungguh banyak kanak-kanak di dalam bilik itu. Semuanya sedang sebuk bercakap dengan kawan mereka. Ada juga yang masih bermain.

"Okay, beri perhatian," ujar madam Kelly membuatkan tempat itu senyap dalam serta-merta.

Mata semua kanak-kanak di situ mula memandang ke hadapan iaitu tempat kami semua berada.

"Seperti yang saya dah janjikan minggu lepas, saya dah bawa beberapa orang kakak dan abang ni untuk buat persembahan di sini," katanya dengan penuh gembira di hati. Memang ada aura keibuan betul wanita itu.

Kanak-kanak yang ada di dalam bilik itu semua bersorak kegembiraan sampai membuat tempat itu bising semula. Ada yang sudah tepuk tangan. Seronok betul lihat kanak-kanak gembira seperti ini. Teringat aku memori di waktu kecil ku dulu.

Mulut aku tersenyum melihat mereka ini. Tapi dalam semua mereka semua bersorak keseronokan, mata aku terpaku dengan seorang kanak-kanak lelaki yang hanya duduk diam di penjuru bilik itu.

Dia langsung tak berseronok dengan pelajar lain. Dia kelihatan seperti tidak seronok dengan situasi itu.

Aku hairan melihat budak lelaki itu. Kenapa dia begitu? Kenapa dia tidak duduk bersama dengan pelajar laim di hadapan ini.

"Sebelum kakak-kakak dan abang ni mula buat persembahan, saya nak kamu semua senyap." Terus senyap bilik itu. Disiplin betul kanak-kanak di sini.

"Dan Carles, duduklah depan ni sama kawan kamu," kata itu ditujukan kepada bukan lelaki yang aku perhatikan tadi.

Jadi Carles nama budak tu. Cantik nama tu.

Budak lelaki itu terus berjalan ke hadapan tanpa mengeluarkan satu pun patah perkataan. Muka budak itu entah kenapa kelihatan sungguh sedih. Tidak gembira seperti kanak-kanak lain di tempat ini.

Budak itu memang menarik perhatian aku. Aku rasa ada sesuatu pada budak itu.

"Okay, kamu bertiga boleh mula," madam Kelly mempersilakan kami bertiga.

Aku dan Rechel terus membuka beg violin kami untuk mengambil violin kami. Manakala Ian pula sudah berada di kerusi piano di belakang kami.

Aku membetulkan sedikit kedudukkan violin aku supaya kelihatan betul. Muka aku tersenyum kearah kanak-kanak itu. Mereka juga tersenyum kearah aku dan muka mereka seperti sungguh teruja dengan persembahan yang akan aku dan kawan-kawanku lakukan.

"So hai, nama kakak, Rechel. Kakak cantik tu pula Claire. Dan abang pianist handsome ni Ian. Kamu semua boleh panggil kami macam tu," Rechel mula bercakap.

Seperti yang kami bertiga rancang pada hari itu dimana Rechel akan menjadi juru cakap untuk kami berdua kerana mulut dia tu betah bercakap. Kalau nak suruh aku, nanti lain pula jadi.

Tepukan diberikan kepada kami apabila Rechel memperkenalkan kami.

"Kami kenal princess Bell tak?" Soal Rechel.

"Kenal!" Semua kanak-kanak itu menjawab dengan serentak. Rechel yang melihat itu terus tersenyum.

"Jadi kamu mesti ingat lagu tema Beauty and The Beast kan." Semua mereka mengangguk.

"Okay, kalau macam tu kamu bertiga akan mainkan lagu tu untuk kamu semua." Semua kanak-kanak mula bersorak keriangan dan memberi tepukan kepada kami.

Tears of Melody [✔️]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin