cp 82

780 81 8
                                    

Mata aku memandang ke arah langit gelap itu. Bintang yang bersinar itu kelihatan sungguh cantik di langit yang sungguh gelap.

Aku tidak dapat memikirkan hal lain selain kejadian tadi. Tidak aku sangka akan bertemu dengan wanita itu.

Aku benci dan takut akan wanita itu dalam satu masa sama. Mungkin semua ini sebab Rania. Kalau wanita itu tidak terlibat dalam kes itu, aku mungkin masih boleh menerimanya.

Tapi kini tidak. Hati aku sudah tertutup untuk memaafkan kesalahan wanita itu.

Melihat wanita itu adalah kesangsaran terbesar dalam hidup aku. Dia telah menghancurkan hidup aku selama ini tanpa aku sedar.

Memang dasar wanita murahan. Kau dan suami kau tak layak jadi ibu bapa kepada Perth.

"Kenapa hidup aku jadi macam ni Rania? Apa salah aku?" Aku bermonolog sendiri.

Kepala yang tidak gatal itu digaru kasar oleh aku. Sungguh serabut otak aku kini.

Kenapa agaknya sejak aku datang kali ke bandar ini satu-persatu kebenaran dapat aku ungkapkan. Dari kemalangan aku sehinggalah kematian Rania.

Semua itu hanya sebab sekolah itu sahaja. Kalau sekolah itu tidak ada mungkin semua ini tidak akan terjadi.

"Twinkle, twinkle, little star. How I wonder what you are. Up above the world so high. Like a diamond in the sky." Satu suara bermain di kepala aku.

Suara yang amat aku kenali.

Aku tersenyum mengingatkan suara dan lagu itu. Aku sangat menyukai lagu itu dahulu. Lagu itu seperti memberi aku satu semangat semula.

Mungkin betul. Rania mahu memberi aku semangat supaya aku ungkapkan semua misteri itu.

Aku tersenyum mengingatkan lagu itu. Kenapa aku boleh lupa lagu kesukaan Rania itu ya?

Dia sangat suka sampaikan sanggup nanyi lagu itu setiap hari. Harap sahaja aku tidak akan melupakan semua itu.

"Twinkle, twinkle little star. How I wonder what you are." Aku menyambung lagu itu.

.
.
.

Time skip

Aku berjalan bersama Rechel dan Ian di dalam pusat beli belah ini. Pada hujung minggu ini memang penuh tempat ini dengan pengunjung.

Aku sendiri pun malas nak keluar kalau banyak sangat orang macam ni. Tapi apa boleh buat. Kalau aku tak keluar nanti macam-macam Rechel akan buat supaya aku ikut diorang. Pasrah sahajalah jawabnya.

"Mana Saint ni?" Soal Rechel cuba mencari kelibat lelaki itu.

Lelaki yang sepatutnya ada pada hari itu, masih lagi belum kelihatan batang hidungnya. Katanya tadi sudah sampai tapi mana pula bayang lelaki itu.

Sudah hampir 10 minit juga kami bertiga mencari kelibat Saint itu. Entah mana tuju budak tu.

"Tu bukan dia ke," Ian menunjukan ke arah seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan.

Aku mengecilkan mata aku dan memang betul lelaki itu. Tapi siapa perempuan bersama dia. Nak katakan adik dia, bukan pula. Figura belakang perempuan itu seperti aku pernah jumpa sahaja sebelum ini.

"Situ rupanya," Rechel terus menarik tangan aku dan Ian menuju ke arah Saint.

Sesampai sahaja di sana, Rechel terus memukul kepala Saint sehingga membuat lelaki itu terkejut. Lelaki itu memang tidak perasan ya, kami ada di belakang dia selama ni.

"Kau apahal Rechel? Suka betul pukul aku," tangan dia mengosok tempat dipukul tadi.

"Kau tu yang apahal? Aku suruh kau tunggu, kau boleh pula main dekat sini. Menyusahkan aku betul nak cari kau," marah Rechel.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now