cp 35

801 102 0
                                    

"What! Kau tak takut ke nanti ada benda jadi nanti," jerit Rechel di sebelah aku.

"Aku tahu. Lagipun kalau aku tak terima dia, nanti siapa nak jadi pianis untuk aku. Masa dah sikat pun, aku terima saja lah," balas aku.

Korang mesti terfikir kenapa si Rechel ni tiba-tiba menjerit dekat aku kan. Jadi sini aku nak ceritakan.

Semalam semasa aku baru selesai latihan bersama Carol, kami berdua pulang bersama dan tepat waktu itu Rechel dan Ian nampak kami berdua jalan keluar dari bagunan itu sama-sama.

Jadi hari ni, bila aku sampai sekolah aku terus kena serang dengan soalan Rechel yang berlambak tanya pasal siapa Carol tu.

Aku pun ceritakan semua bagaimana aku boleh jumpa Carol dan lepas tu budak ni marah pula bila tahu aku kenal Carol dari Eva.

Redha sahaja lah dengar budak sebelah aku ni membebel. Aku lihat Ian yang berdiri di sebelah Rechel pun dah macam aku juga, redha mendengar suara Rechel.

"Aku tahulah masa ujian tak lama lagi tapi kalau ambil budak tu nanti kan bahaya. Mana tahu waktu giliran kau dia tak datang sebab sengaja nak suruh kau tak ada pianist. Kau boleh terus gagal tau," bebalan mulut si Rechel ini.

Kalau ada penutup telingakan bagus. Dapat juga aku tutup telinga aku dari dengar bebelan mulut mengalahkan mak cik ini. Menyesal pula aku ceritakan tentang Carol tadi.

"Aku boleh tanggung semua itu. And kalau Eva betul-betul ada plan nak gagalkan aku lagi, aku tahu akan buat apa,"

"Ye lah, tapi-"

"Sudahlah Rechel, ujian dah dekat pun. Kalau dia nak tukar pun dah tak sempat aku rasa. Biarkan saja dia," Ian memotong kata Rechel tadi.

Rechel mengeluh lalu diam. Akhirnya dia kalah juga, Aku sangat berterima kasih pada Ian sebab dapat diamkan budak ni.

Kalau dia tak ada nanti macam mana lah aku nak diamkan budak perempuan sebelah aku ini. Ni nasib sahaja dia ada.

"Aku tak kan halang kau, just please be careful. Aku tak nak kau keluar sekolah ni sebab plan jahat Eva tu," nasihat Rechel.

Aku hanya diam menerima nasihat itu. Mata aku memandang pemandangan taman sekolah dari luar tingkap koridor tempat aku berdiri. Sungguh nyaman angin yang meniup pada waktu itu.

Dalam aku sebuk menikmati angin itu, tiba-tiba baju ditarik lembut oleh seseorang dari belakang. Aku menoleh ke belakang dan melihat Carol berdiri sambil membawa satu buku di tangannya.

"Kakak, petang ni latihan bilik sama ke?" Soal Carol dengan suara yang perlahan.

Aku melihat budak itu dan tiba-tiba budak itu menutup mukanya menggunakan buku apabila malihat Rechel dan Ian memandang ke arahnya. Mungkin dia malu.

"Ya, tapi kau tak perlu datang awal sangat. Kelas aku lambat pulang hari ni," balas aku.

Budak itu megangguk sambil menutup mukanya dengan menggunakan buku tadi.

"Okay, maaf ganggu kakak," budak itu mula melangkah pergi dari situ.

Aku melihat budak itu yang pergi sambil bukunya masih lagi menutup mukanya. Malu sangat ke jumpa Ian dan Rechel ni.

Dalam budak tu meninggal aku disini, tiba-tiba mata aku menangkap sesuatu pada budak tadi.

"Carol, wait," ujat aku memberhentikan langkah budak itu.

Dia menoleh ke arah aku lalu aku jalan mendekatinya. Mata aku memandang gadis yang sedikit pendek dari aku itu.

"Kaki kau kenapa?" Soal aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now