cp 54

805 92 0
                                    

Tok! Tok!

"Masuk," ujar encik Louis apabila mendengar bunyi ketukan itu.

Pintu bilik itu dibuka dan kelihatan Karl yang masuk. Muka lelaki itu serius berjalan menuju ke arah bapanya itu.

Encik Louis pula hairan dengan anak tunggalnya itu yang tiba-tiba datang ke bilik itu.

"Kenapa kamu datang sini? Ada apa-apa ke?" Soal encik Louis.

Mata Karl memandang tepat ke arah bapanya sebelum dia mengeluarkan katanya.

"Daddy, Karl nak tanya pasal Claire," ujarnya.

"Apa yang kamu nak tanya?"

Karl menarik nafasnya lalu dia menjawab, "betul ke kemalangan Claire dulu ada kena mengena dengan kemalangan Rania."

Terkejut besar bapanya apabila mendengar kata anaknya itu. Encik Louis terfikir bagaimana anaknya tahu semua itu ataupun anaknya hanya meneka sahaja.

"Mana ada. Siapa yang beritahu kamu hal tu?" Balas encik Louis.

"Daddy, Karl dengar semua yang daddy cakap dengan mummy semalam."
.
.

Flashback

"Harap saja dia tidak terlalu memikirkan hal tadi," ujar akhir encik Louis.

Disebalik percakapan pasangan itu, ada seorang curi mendengar. Orang itu adalah Karl.

Dia menyorok di sebalik dinding berdekatan dengan ruang makan itu. Dia tidak sangka akan mendengar semua itu.

Patutlah selama dia cuba tahu pasal kemalangan Claire 15 tahun lepas, dia tidak pernah mendapat apa-apa. Rupanya kemalangan itu dirancang oleh seseorang dan telah ditutup kes oleh bapanya sendiri.

Memang untung dia mendengar semua itu. Dan dia patut tanya bapanya mengenai hal itu.

End of flashback
.
.

Mata encik Louis terbuka besar sekali lagi. Jadi memang betullah bahawa Karl mendengar semua itu. Air liur dia ditelan tanda dia gementar.

Dia sudah menjangka semua itu. Lelaki itu juga tahu satu hari nanti semua itu akan terbongkar juga.

"Kenapa daddy diam? Jadi betullah apa yang Karl dengar," ujar Karl dengan nada serius.

Encik Louis mengangguk kepalanya. Karl yang mengetahui hal itu seperti tidak percaya akan semua itu.

"Kenapa daddy sorokkan semua tu?"

"Kamu tak perlu tahu pasal tu. Tu bukan urusan kamu," tegas encik Louis.

Karl terasa sungguh sakit dihatinya. Tidak pernah dalam hidupnya lelaki itu berkata begitu padanya dengan nada yang sungguh suram.

"Daddy, semua hal yang ada kaitan dengan Claire tu urusan Karl juga. Karl perlu tahu semua tu," Karl Cuba merayu pada bapanya.

"Karl!" Jerkah bapanya. Karl terdiam apabila namanya disebut dengan nada yang sungguh marah itu.

"Itu bukan urusan kamu. Tolong jangan masuk campur," tegasnya sekali lagi.

Karl mengetap bibirnya. Tangan dia digenggam kuat. Sungguh tidak puas hatinya kini. Dia mahu akan kebenaran. Sampai bila dia mahu terperangkap dalam sangkar kekeliruan.

"Daddy, kalau Rania tidak ada kena-mengena dengan kes sekolah tu, Karl tak akan jadi orang yang menyebuk. Tapi kenyataannya Rania dan Claire ada kena-mengena dengan sekolah tu," ujar Karl demi menyakinkan bapanya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now