cp 85

794 92 4
                                    

Perth duduk seorang diri di dalam bilik itu. Memandangkan sekolah sudah masuk cuti semesta, dia dibenarkan untuk balik ke rumahnya.

Katil yang empuk itu diduduk olehnya sambil matanya memandang bingkai gambar dirinya bersama Claire 15 tahun lepas.

Gambar itu kelihatan sungguh bahagia dimana mereka berdua dengan riang bermain di sebuah taman bunga.

Sungguh nostalgia memori itu.

Pilu hati budak lelaki itu apabila melihat gambar tersebut. Dia tidak sangka akan mengetahui semua rahsia yang keluarga ini simpan selama ini.

Memang patutlah ramai kenalan ayahnya mengatakan bahawa Claire amat menyerupai Rania. Dia dulunya berfikir Rania itu adalah mak cik saudaranya yang sudah pergi tapi rupanya tidak. Rania adalah ibu kepada Claire.

Susah Perth untuk mempercayai semua itu. Tapi dia terpaksa mempercayainya. Gadis yang selama ini dia anggap kakak kandungnya rupanya tidak, dua adalah kakak tirinya.

Dan dia juga tidak sangka bahawa ayahnya sendiri yang membuang kakaknya dari rumah ini. Bukan kakaknya yang keluar tapi dia dibuang.

Memang benar kata kakaknya dahulu dimana dia mengatakan bahawa dia tidak pernah lari dari keluarga itu tapi dia dibuang.

"Bodohlah, aku tak percaya semua tu!" Perth menyalahkan dirinya.

Gambar tadi dibaling ke atas katilnya. Dia terasa sungguh tidak berguna. Kakaknya sudah memberi dia pentunjuk tapi dia yang bodoh tidak menangkap petunjuk tersebut.

Rambut yang terurus tadi digosok olehnya dengan kasar. Rasa bersalah itu memang menyelubungi dirinya.

Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadap kakaknya selepas ini. Dia ingin sangat meminta maaf kepadanya.

Sangat mahu.

Tok! Tok!

Tiba pintu biliknya diketuk. Dia membenarkan pengetuk pintu itu masuk dan kelihatan ayahnya, encik Darren yang datang.

Muka yang masam terus dihadiahkan kepada ayahnya. Mata dia menoleh ke arah tingkap bilik itu. Malas mahu bertembung mata dengan ayahnya.

Encik Darren yang melihat situasi itu hanya dapat menerima semua itu. Dia tahu semua itu akan terjadi. Apatah lagi setelah anak lelakinya itu mengetahui kebenaran sebenar.

Lelaki separuh usia itu berjalan mendekati anaknya. Dia duduk disebelah Perth yang langsung tidak mahu bersemuka dengannya.

"Perth, papa nak minta maaf." Ucap lelaki itu.

"For what?"

"Sebab papa tak beritahu hal seberna selama ni," balasnya.

Perth menjeling sedikit ke arah ayahnya. Muka lelaki itu kelihatan sungguh kesal dengan apa yang telah dia buat.

"Kakak macam mana pula? Tak minta maaf pada kakak ke?" Soal Perth menyentapkan encik Darren.

Encik Darren menunduk memandang lantai bilik ini. Dirinya terasa sungguh rendah bila ditanya soalan itu. Dia tahu dirinya bersalah.

"Papa cuba. Papa akan cuba."

"Jangan cuba. Tolong buat. Perth nak kan keluarga kita yang dulu," Perth menoleh ke arah ayahnya dengan muka serius.

Encik Darren dapat lihat mata anaknya itu amat memaksudkan ayatnya tadi.

Perth sudah 15 tahun hidup tanpa kakaknya dan dia tahu hidup anaknya itu tidak pernah sekali pun bahagia.

Dia selalu dipaksa oleh isterinya, Elena membuat semua perkara yang wanita itu mahu. Banyak kali Perth tersiksa tapi dirinya tidak dapat menolong.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak tolong malah membiarkan isterinya berbuat begitu pada Perth.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now