cp 60

805 91 5
                                    

Aku melihat telefon pintar aku sambil berbaring di katil empuk ini. Laman web sekolah ini dibuka oleh aku. Masih ingat lagi aku bagaimana aku dahulu selalu membuka laman web sekolah ini ketika mahu merangkap seseoarang.

Satu artikel dua tahun lepas dibaca oleh aku. Senyuman jahat muncul di muka aku apabila mengingat kejadian itu.

Kejadian itu amat memuaskan hati aku. Aku suka sangat tengok dia tersiksa. Siapa suruh dia gunakan aku dahulu kan sudah dapat dari aku.

Korang mesti terfikir siapa yang aku katakan. Baik, sini aku nak beritahu. Orang yang aku katakan adalah Maria Ferliyn. Orang yang pernah mengkhianati aku.

Kalau korang nak tahu aku dan dia pernah jadi kawan dahulu. Pada mulanya aku fikirkan dia seorang yang iklas berkawan dengan aku tapi rupanya tidak. Dia mengkhianati aku demi mendapat benda yang dia mahu.

Aku amat mempercayai dia, namun dia hancurkan kepercayaan itu. Jadi sebab itu aku hancurkan maruah dia di sekolah ini.

Aku biarkan satu sekolah tahu rahsia perempuan yang semua ingat suci itu rupanya tidak. Bukan sekatat itu aku buat tapi aku juga buat keluarga dia merana.

Dan semua ini Karl yang ajar. Dia tahu aku kena semua itu dan dia dengan baik hatinya tolong aku hapuskan budak itu.

Mungkin korang fikir aku ni tak berhati perut tapi korang kena lihat siapa dahulu Maria Ferliyn.

.
.
.
.
.

Flashback two years ago

Seorang pelajar perempuan duduk di kerusinya bersama dengan 3 orang lagi kawannya iaitu Maria, Grace dan Leyna.

Mereka bercakap dengan penuh gelak tawa di situ. Memang kelihatan sungguh bahagia persahabatan mereka.

Mereka berempat juga selalu bersama sejak pelajar perempuan bernama Claire Idtrina Claes itu menjejak kaki ke gred 10.

Pada mulanya Claire tidak mempunyai seorang pun kawan sehingga 3 orang pelajar itu menegurnya. Jadi sampai sekaranglah mereka berkawan.

"Sorry guys, aku kena pergi jumpa cikgu Theo jap." Claire berdiri meninggalkan 3 orang pelajar itu sambil tersenyum.

Mereka bertiga melambai ke arah Claire sehingga gadis itu tidak kelihatan lagi.

Claire berjalan menuju ke tangga bangunan ini. Baru sahaja dia mahu meneruni tangga itu tiba-tiba dia baru perasan bahawa telefonnya tiada di dalam poket.

Dia dengan pantas berpatah balik ke kelas untik mengambil telefonnya. Takut nanti ada orang telefon dia tak sempat angkat pula nanti.

"Seriously, kenapa kau nak berkawan dengan dia tu?" Satu suara kedengaran memberhentikan tangan Claire untuk membuka pintu itu.

Itu adalah suara Grace. Siapa orang yang di maksudkan?

"Mungkin sebab dia datang dari keluarga Claes," suara Maria kedengaran.

Mata Claire terbuka besar mendengar nama keluarganya disebut. Dia tahu orang yang mereka maksudkan adalah dirinya. Selain daripada Karl, hanya dia sahaja dari keluarga Claes yang masih bersekolah di sini.

"Tu je. Maksudnya kau kawan dengan dia sebab nak gunakan dia saja."

"Of couse, kalau dia bukan dari keluarga ternama, tak ada aku nak kawan dengan perempuan tu," gelak tawa Maria menamatkan ayatnya.

Claire yang ada di luar kelas menggenggam kuat tangannya. Dia geram dan marah akan semha itu. Jadi selama ini hanya dia sahaja fikir mereka itu adalah kawan terbaik buat dirinya.

Tears of Melody [✔️]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon