cp 73

762 96 2
                                    

Aku memandu kereta aku membelah jalan raya ini. Mata aku fokus dengan pemanduan aku, manakala Rechel yang ada disebelah aku sibuk dengan telefonnya.

Jalan raya sekarang tidaklah sesak sangat malah seperti hanya beberapa orang sahaja yang ada. Aku memandang cermin sisi kereta aku dan aku melihat satu kereta hitam dibelakang aku.

Aku melambatkan kereta aku supaya memberi ruang pada kereta itu untuk memotong. Tetapi kereta itu tidak memotong malah melambatkan juga pergerakannya. Aku mula curiga.

Aku memandu kereta aku masuk ke simpang di sebelah kanan aku. Walaupun simpan itu bukan simpang untuk pergi ke destinasi aku, tapi aku tetap juga masuk. Dan seperti yang aku jangka kereta itu masih lagi membelakangi aku.

Nampak aku sudah faham situasi ini. Seingat aku kereta itu sudah ada sejak aku keluar dari sekolah Saint tadi. Memang betul pemilik kereta itu mengikut aku.

"Rechel, pegang kuat." Arah aku.

"Kenapa pu-" kata dia terhenti apabila kereta ini dibawa laju oleh aku.

Aku terpaksa bawa laju kereta ini untuk melarikan diri dari kereta hitam itu. Aku menggunakan jalan jauh supaya tidak terlalu banyak kereta yang lalu lalang.

Kali ini memang laju aku memandu kereta ini sehingga melebihi 100 km/j. Untung sahaja tidak ada polis disitu. Kalau tak, sia-sia aku kena saman.

Cermin pandang belakang lihat oleh aku. Kereta hitam itu masih lagi membelakangiku. Aku dengan cepat membuat U-turn di jalan raya itu pergi ke jalan raya sebelahnya. Dengan niat dapat lari tapi tidak berhasil

Dipandu laju lagi aku kereta itu. Dihadapan aku kini kelihatan satu tiang lampu jalan yang sedang mengira masa untuk bertukar merah.

Menekan menekan pedal minyak kereta aku untuk menambahkan lagi kelajuan. Masa di tiang lampu isyarat itu hanya tinggal 5 saat.

Aku melajukan kereta aku dan aku selamat melimpasi lampu isyarat itu. Kereta yang membelakangi aku tadi pula tidak sempat dan terhenti disana. Aku tersenyum bersyukur. Nasib juga aku pandai bawa kereta dengan cara bahaya seperti ini.

Aku melihat Rechel yang kelihatan mabuk disebelah aku. Dia mesti terkejut bila dibawa oleh orang macam aku. Nasib sahaja tidak mati perempuan itu.

Aku menghiraukan perempuan itu dan teruskan perjalanan menuju tempat yang Ian katakan tadi. Masuk sahaja di kawasan itu aju terus meletakkan kereta aku.

Disebelah kereta aku kelihatan kereta Saint. Dua orang lelaki yang ada di dalam kereta itu keluar sambil memandang pelik ke arah kereta aku.

Aku mematikan enjin kereta dan terus keluar bersama Rechel yang mabuk itu.

"Dah kenapa Rechel ni?" Soal Ian apabila melihat Rechel yang seperti ingin termuntah itu.

"Mabuk ke? Tak pernah-pernah aku tengok dia ni mabuk. Macam mana kau bawa kereta sampai mabuk budak ni?" Saint pula bertanya.

"Ada orang ikut kereta aku tadi. Jadi aku bawalah kereta laju nak lepas dari orang tu."

"Orang ikut kau! Siapa?" Saint terkejut.

"Before kau jawab soalan tu, lebih baik kita masuk dalam dulu. Rechel ni dah rupa apa aku tengok," Ian membebel.

Aku setuju dan mengikut Ian masuk ke dalam sebuah restoran di hadapan aku. Dia menyebut namanya sebagai penempah salah satu bilik di restoran ini.

Restoran ini lain sedikit kerana ada satu kawasan di dalam restoran ini dimana pelanggan diberi privasi. Mereka menyediakan satu bilik untuk menjamu selera. Dan bilik itu tidak dibenarkan masuk oleh orang lain kecuali dipanggil.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now