cp 37

783 96 0
                                    

Aku merebahkan kepala aku ke atas meja dihadapan aku. Kepala aku terasa sungguh serabut kerana aku masih tidak menjumpai buku muzik aku. Aku tidak tahu hendak buat apa sekarang. Rasa nak menjerit pun ada untuk hilangkan stress ini.

"Kau ni dah kenapa?" Soal Rechel yang tumpang duduk di hadapan aku.

Aku tidak menjawab soalan itu dan hanya diam mengenang nasib aku yang masih di menjumpai buku muzik aku.

Pagi tadi aku dengan awalnya datang ke sekolah dari hari biasa untuk cari buku itu tapi semuanya hampa bila aku masuk bilik latihan semalam dan lihat meja kecil bilik itu kosong.

Aku rasa mungkin pekerja pembersih bilik itu sudah buang buku aku. Habislah semua nota yang aku usaha buat selama ini. Terpaksalah aku belajar lebih untuk ujian kali ini. Apalah malang sangat nasib aku ni?

"Claire, ada orang nak jumpa kau," tiba aku mendengar suara Ian memanggil aku.

Aku mengangkat muka melihat ke sebelah kiri aku. Kelihatan Ian berjalan menuju ke arah aku sambil mengatakan ayat tadi.

"Siapa?"

"Pianist kau tu," balasnya.

Aku dengan malasnya terpaksa berdiri dan berjalan menuju ke pintu keluar kelas ini. Sesampai sahaja aku ke situ, aku melihat Carol berdiri menunggu aku sambil menyandar di dinding kelas aku.

"Kenapa kau cari aku?" Soal aku mengejutkan budak itu. Carol yang menyandar tadi terus berdiri tegak mengadap aku.

"Saya nak beri balik buku ni dekat kakak," ujarnya sambil menghulurkan satu buku kepada aku.

Aku mengambil buku itu dah terkejutnya aku itu adalah buku muzik aku. Tak kan lah budak ni ambil buku ni semalam waktu aku tertinggal buku ini.

"Semalam saya tengok buku tu tertinggal, jadi saya bawa balik."

Aku mendengar penjelasan itu dengan teliti dan aku amat berterima kasih sebab budak ini bawa buku ini semalam. Kalau tak mesti dah tak ada betul-betul dah buku ni.

"Thanks bagi balik buku ni," ucap aku. Budak itu memberi aku senyuman lalu menjawab ucapan aku tadi.

Baru sahaja kaki aku mahu masuk ke dalam kelas tiba-tiba niat aku terhenti apabila melihat balutan di lutut Carol.

"Yang tu kenapa? Jatuh lagi," soal aku.

"Oh yang ni... Saya jatuh waktu PE tadi," jawab budak itu.

Carol kelihatan gelisah apabila menjawab soalan itu. Memang ada benda yang tak betul ni. Mana mungkin seorang tu boleh jatuh selalu sangat macam budak ni.

Ni mesti ada benda yang dia ni sorokkan dari aku.

"Kalau kakak dah tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Takut nanti kelas saya dah mula," budak itu terus berjalan meninggalkan aku.

Aku melihat budak itu berjalan menuju ke tangga bangunan ini. Keadaan dia berjalan kelihatan sungguh menyakitkan dengan adanya luka di lututnya itu.

Setelah kelibat budak itu menghilang, aku terus masuk ke dalam kelas dan duduk meja aku.

"Oh ya, Claire. Aku baru ingat mana aku pernah lihat budak tu," ujar Rechel apabila aku duduk di kerusi aku.

"Dekat mana?"

"Aku pernah lihat dia dulu kena buli dekat kelas dia."

Aku terkejut dengan jawapan Rechel itu. Carol kena buli. Seriuslah.

"Dan buli tu bukan buli biasa."

"Maksud kau?"

"Aku pernah dengar dekat asrama dulu, ramai pelajar sama umur dia selalu buli dia dekat kelas dan luar kelas. Kadang-kadang sampai cedera teruk budak tu kerja mereka."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now