cp 100

811 76 14
                                    

Bilik umpama sangkar gelap itu sunyi dengan adanya seorang sahaja penghuni. Penghuni yang terdapat di dalam sangkar tersebut kelihatan seperti orang gila kerana keadaannya yang terlalu kusut.

Rambut tak teratur, baju yang kotar dan perwatakan seperti sedang memikirkan sesuatu.

Itulah hakikat hidup Elena sekarang. Setelah dia berjaya ditangkap oleh seorang lelaki pada hari kejadian, dia telah dihumban ke dalam penjara.

Nak rasa menyesal sudah tidak dapat kerana semuanya sudah terjadi. Perbuatan yang telah dia lakukan hampir membunuh satu lagi nyawa. Memang sukar mahu dimaafkan.

Tok! Tok!

Pagar penjara diketuk oleh seorang pegawai polis. Mata Elena memandang takut akan polis perempuan tersebut.

"Ada orang nak jumpa kau," pintu pagar itu dibuka.

Tanpa mendengar jawapan Elena terus polis perempuan itu menarik tangan Elena dan menggarikan lalu mereka berjalan menuju ke satu bilik yang habya terdapat satu sahaja meja dan dua kerusi.

Elena duduk di satu kerusi dan tangannya yang digari tadi dikunci di salah satu tempat khas di meja tersebut supaya wanita itu tidak dapat lari.

Setelah selesai urusan itu, terus polis itu keluar meninggalkan Elena seorang diri. Beberapa minit wanita itu menunggu, akhir tiba seorang lelaki yang kacak wajahnya.

Wanita itu sangat kenal lelaki itu kerana lelaki itulah yang penyebab dia jadi seperti itu.

"Macam kau sekarang? Happy," senyum senin dihadiahkan.

Tatapan tajam dihadiahkan oleh Elena kepada Karl iaitu lelaki tadi. Mahu menusuk ketajaman tatapan itu.

"Apa kau nak?" Soal Elena.

"Lawat kau, mungkin?" Jawapan seperti soalan dikeluarkan.

Lelaki itu duduk di hadapan Elena sambil tersenyum senin melihat keadaan wanita itu.

Dalam hatinya terasa sangat senang melihat wanita yang hampir menghancurkan Claire kelihatan seperti itu. Memang balasan bagi Elena.

"Kau lawat aku? Mustahil."

Karl tertawa kecil. Dia mengeluh lalu menatap keji muka wanita itu.

"Memang mustahil. Aku datang sini sebab aku nak tengok kau macam mana sekarang. Kau kena ingat, lepas apa yang kau buat pada Claire jangan harap hidup kau akan tenang," amaran Karl.

Wanita itu tertawa kecil seperti tidak takut akan amaran tersebut. Atau mungkin dia sudah menerima semua itu.

"Aku hairanlah kenapa ramai sangat orang suka dengan budak tu? Termasuklah kau," Karl diam mendengar rintihan Elena.

"Kau tahu, walaupun dari luaran budak tu nampak normal tapi dalaman dia tidak. Dia tidak dapat rasakan perasaan kasih sayang. Hati dia sudah beku sejak dulu. Jadi tak ada guna kau nak sayangkan hati beku itu," tambah Elena.

"Ya, aku tahu hati dia sudah beku dan sebab tu aku ada. Aku boleh cairkan hati tu dan biar dia rasa perasaan kasih sayang," tegas Karl.

Sesungguhnya Karl sudah menyedar akan hal itu sejak dahulu. Sejak kali pertama Claire menjejakkan kakinya di rumah keluarga Claes.

Gadis itu tidak seperti gadis normal. Dia sangat kurang kasih sayang sehingga membuat hatinya beku.

Walaupun tidak dapat dilihat dari mata kasar tapi Karl dapat merasai semua itu. Kerana itulah dia tidak mahu mata gadis itu mengeluarkan pertama kesedihan.

"Sebenarnya aku sendiri mahu menghukum kau tapi tak boleh. Jadi memang untung kau kali ni," ujar Karl.

Wanita itu menelan air liurnya tanda gerun akan Karl.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now