side story 1 (Roel)

657 66 0
                                    

Roel Aderline.

Satu nama aku sangat aku ingat. Kenapa?

Sebab dia adalah adik kepada ibu aku merangkap pak cik saudara aku.

Walaupun dia berpangkat pak cik tetapi dia sangatlah muda. Beza dia dengan ibu adalah 10 tahun. Boleh dikatakan dia baru nak masuk 30 tahun diumur ibu aku sudah 40 tahun.

Sebagai satu-satunya anak lelaki keluarga Aderline, dia telah ditetapkan menjadi pewaris seterusnya syarikat keluarga ibu aku.

Dia ni bukanlah seorang sosial seperti ibu aku. Malah dia ni anti-sosial. Dia tidak suka bercakap dengan orang lain dan lebih suka bersendiri.

Dan disebabkan sikap itulah ramai yang salah faham akan sikapnya yang sebenar.

Dia mungkin muda, kacak dan kaya. Tetapi sifat dinginnya membuat ramai para gadis sukar untuk mendekatinya.

Ada yang mahu tetapi ditolak begitu sahaja. Dan sebab itulah keluarga ibu aku semakin risau akan lelaki ini. Mereka takut lelaki ini tidak akan kahwin lalu mereka tidak akan ada pewaris seterusnya.

Sikapnya memang dingin dan boleh membunuh sesiapa sahaja yang mencari masalah dengan dirinya. Namun korang tahu tak satu perkara yang korang tak tahu pasal dia.

Sedingin-dingin dia terhadap orang lain, tetapi dia sangat sukakan budak-budak.

Tak percaya!

Itu masalah korang, bukan masalah aku.

Sebenarnya aku juga susah mahu percaya bila difikirkan balik. Dia dingin terhadap orang tetapi bila sudah berjumpa dengan kanak-kanak dingin dia bertukar menjadi sifat penyayang.

Aku ingat lagi diwaktu kecil dulu, ibu aku selalu membawa aku ke rumah ibu bapanya merangkap rumah datuk dan nenek aku. Apabila tiba sahaja aku disana, aku dijemput masuk dengan pelukan hangat.

Bukan dari datuk dan nenek tetapi daripada lekaki ini. Dia adalah orang pertama yang teruja gila apabila bertemu dengan aku.

Pada waktu itu, aku masih kecil jadi aku tidak fikirkan sangat hal itu. Tapi bila sudah berganjak dewasa ini, bila difikirkan kembali terasa pelik pula.

Dia umpama orang lain apabila berada di dekat aku. Senang cerita bila dia marah dan aku datang, marah dia akan segera reda lalu melayan dengan penuh kasih sayang.

Peristiwa itu memang mengejutkan aku. Pernah sekali aku datang ke rumah itu untuk duduk sementara dengan datuk dan nenek aku, dia adalah orang pertama yang menjemput aku dari ibu aku.

Belum turun kereta lagi, dia sudah beriya mahu mendukung aku. Ibu aku pula hanya biarkan sahajalah.

Pada waktu itu serius aku kata, dia bersama aku 24 jam tidak henti. Walaupun dia tahu, dia mesti kerja tapi dia sanggup lagi meluangkan masa bersama aku.

Dia bermain, makan, dan tidur juga dengan aku. Aku memang mengangap dia seperti abang aku. Dia punya obses dengan aku sampai sanggup hias bilik dia dengan warna merah jambu semata-mata untuk aku duduk bersamanya selama aku di rumah itu.

Aku tidak menolak kerana masih kecilkan. Mana aku tahu yang tu betul yang tu salah. Jadi aku ikut sahajalah.

Sekarang sudah beberapa tahun berlalu. Aku pun sudah tumbuh besar dan sudah lama juga aku tidak berjumpa dengannya.

Dan di masa inilah kali pertama aku berjumpa dengannya setelah beberapa aku bertukar keluarga.

Aku berjumpa dengannya di hospital tempat aku dirawat selapas aku berjumpa dengan ibu aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now