cp 3

1.3K 146 0
                                    

Kring! Kring!

Jam loceng itu aku tutup akibat menganggu tidur ku. Aku bangun dari tidur dengan nyawa yang sungguh malas. Hari ini aku kena kembali semula ke sekolah setelah hampir seminggu cuti akibat sakit ku hari itu.

Aku pergi ke arah bilik air yang berada di hujung bilik ini. Aku mula mempersiapkan diri ku untuk pergi ke sekolah. Hampir 10 minit juga aku guna untuk mempersiapkan diriku.

Setelah selesai, aku mencapai beg dan telefon ku lalu keluar dari bilik itu.

"Kau dah siap?" Seorang lelaki bertanya kepada ku.

Aku diam dan berjalan menuju ke arah meja makan rumah itu. Beg sekolah ku diletakkan di kerusi bersebelahan dengan ku.

"Awal kau bangun? Ade kerja ke?" Soal ku kepada lelaki itu atau boleh aku panggil Karl.

Ya, sekarang aku sudah pindah ke rumahnya. Seperti yang dia katakan hari tu, aku akan tinggal bersamanya setelah aku keluar dari hospital. Dan kata itu termakbul. Aku terpaksa tinggal bersamanya.

"Ya, aku ada orkestra hujung bulan ni dekat sini," jawabnya.

Aku sudah agak mesti lelaki ini ada kerja dekat sini. Kalau tak, tak adanya dia nak datang dekat sini.

"Nah, roti kau. Ubat tu jangan lupa makan. Nanti tak sia-sia juga kau masuk hospital lagi." Karl memberikan aku roti bakar yang sudah disalut jam di atasnya.

Ubat aku juga turut dia bagi kepada ku. Kalau difikirkan, kini aku tahu kenapa aku tiba-tiba sakit jantung di dalam perpustakaan hari itu.

Semuanya sebab aku lupa nak makan ubat pada awal pagi itu. Kalau aku makan mesti aku tak kena semua ini.

"Kau ada nampak benda pelik tak dekat sekolah tu hari tu?" Karl menyoal.

Aku melihat Karl yang duduk dihadapan ku ini sambil menguyah roti yang dia berikan tadi.

"Aku ada perasaan beberapa tapi aku still tak pasti lagi. Nanti aku check lagi," jawabku.

Karl tersenyum jahat mendengar jawapan ku itu. Mungkin dia sudah fikirkan cara macam mana nak jatuhkan pengetua sekolah itu.

"Kau dah ada cara ke nak jatuhkan lelaki tu?" Aku menyoal pula.

"Dah, tapi semua bukti kena ada dulu. Aku ada terfikir apa kata dia perangkap je lelaki tu." dia memberikan satu idea kepada ku.

"Boleh juga, cara tu senang sikit." fikir aku tentang idea Karl.

Aku juga malas nak usaha banyak sangat. Kalau lelaki itu terus di perangkap senang sikit kerja aku. Tak perlu aku nak jadi perinsik pula datang sekolah tu.

"Kalau kau ada maklumat lain beritahu aku," aku megangguk menjawab kata Karl tadi.

Pingan aku yang sudah kosong itu aku bawa ke singki di dapur rumah ini. Terus aku cuci dan keringkan.

Aku berjalan semula ke meja makan tadi lalu memakan ubat yang diberikan oleh karl tadi. Lelaki itu yang masih duduk di situ hanya memerhatikan pergerakan ku.

Selelah selesai, ubat itu aku simpan di dalam beg sekolah untuk aku bawa ke sekolah. Mana tahu dekat sekolah, nanti aku kena serangan jantung lagi.

"Aku hantar kau. Aku pun pergi kerja ni." Aku hanya mengikut kata karl itu.

Senang sikit kerja aku bila dia hantar. Tak perlu aku nak bawa kereta sendiri pergi sekolah.
.
.
.
.
.

Kereta Karl terus berhenti tepat di hadapan pagar sekolah. Semua mata pelajar yang masuk ke sekolah itu memandang kereta itu.

Tears of Melody [✔️]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz