cp 7

1K 131 0
                                    

Aku melontarkan padangan ku ke luar tingkap bangunan ini. Bosan sungguh berada di situ. Lagu yang menemani ku pun sudah jemu aku dengar.

Itu lah akibat datang terlalu awal untuk kelas muzik. Kalau tidak disebabkan perempuan tadi yang mengacau aku berlatih di atas sana tadi mesti aku tak akan datang awal ke kelas ini.

Mengganggu betul perempuan itu tadi.

Aku memejamkan mata ku sekajap untuk merehatkannya. Telefon aku diambil lalu aku membuka instagram ku. Aku cuba untuk melihat apa-apa berita yang ada di sana tentang sekolah lama ku.

Mata aku tertarik dengan satu gambar di tunjukkan oleh instagram milik rasmi sekolah ku dulu. Ianya mengatakan bahawa mereka akan mengadakan open house untuk kunjungan sekolah dari Erwa Academy yang lain.

Nampaknya sudah tibalah musim sekolah itu membuat program itu lagi. Hampir setiap tahun sekolah itu melakukan program itu untuk mengeratkan hubungan mereka dengan sekolah bawahan mereka.

Dalam aku sibuk bermain dengan telefon ku, tanpa aku sedari kelas ini sudah penuh dengan murid yang sudah tiba. Aku menyimpan telefon ku lalu memandang ke luar tingkap itu lagi.

Permandangan yang amat bagus.

"Claire," seseorang memanggil nama aku.

Aku menoleh ke arah suara itu. Dan perempuan yang tadi lagi memanggil aku. Aku hanya diam melihat perempuan itu.

"Boleh tak kalau aku duduk sini?" Tanya dia.

Aku diam memandang tajam dirinya lalu menoleh ke arah tingkap itu lagi tanpa memberikan satu pun jawapan dari mulut ku.

"Rachel!" Lalu tiba-tiba perempuan itu pergi akibat ditarik oleh salah seorang perempuan di dalam kelas itu.

Perempuan itu kemudian duduk bersama kempulan perempuan tadi. Lega sikit jiwa aku, dia tak duduk sebelah aku. Kalau tidak mesti aku kena hadap dia ni sepanjang masa pembelajaran ni.
.
.
.
.
.

"Kenapa kau tarik aku?" Soal Rachel kepada kawan perempuannya.

Perempuan tadi menarik rachel sehinggalah mereka sampai di tempat duduk mereka.

"Kau tu dah kenapa? Tiba-tiba nak cakap dengan dia tu," soal perempuan itu pula.

"Kenapa apa? Aku just nak jadi kawan dia je."

Perempuan tadi menggelengkan kepalanya lalu duduk di kerusi dia.

"Kau tak takut ke dengan dia tu? Dia datang dari keluarga Claes kot. Tak kan kau tak tahu keluarga Claes."

"Nak takut kenapa? Dia pun manusia. Bukannya hantu ke apa."

Rachel memandang pelik kepada rakannya yang seperti takut akan Claire. Tidak tahu lah apa yang ditakutkan sangat mereka dengan Claire itu.

"Tapi dia dari keluarga Claes. Keluarga kuat tu. Kau pernahkan dengar cerita pasal salah seorang keluarga Claes tu jatuhkan violinist terkenal dunia."

"Of course lah aku pernah dengar. Tapi dalam kes tu violinist tu yang salah bukan keluarga Claes. Jadi tu bukan sebab aku tak boleh berkawan dengan dia," balas Rachel.

Terdiam kawannya itu. Mungkin dia sudah tidak ada benda ingin dibantahkan lagi. Lagi pun apa yang dikata oleh Rachel adalah betul.

Rachel yang baru sahaja mahu berdiri untuk kembali ke tempat itu tadi terhalang apabila guru mereka sudah masuk ke kelas. Kini dia sudah tidak dapat dia ingin menukarkan tempat duduknya. Sayu hati Rachel tidak mendapatkan peluang keemasan tadi.
.
.
.
.
.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now