cp 47

821 97 0
                                    

Carol duduk seorang diri di belakang kelas itu sementara menunggu cikgu muziknya datang. Dia memang biasanya akan duduk disitu seorang diri kerana dia tidak mempunyai kawan disekolah ini. Sesi pagi pun tak ada, apatah lagi sesi petangkan.

Pandangan gadis itu dilontarkan ke luar tingkap kelas itu. Dia terfikir apa agaknya Claire sedang buat sekarang. Hari itu dia tidak ada masa sangat untuk kakak kelasnya itu atas sebab cikgunya meminta tolongnya pada waktu rehat tadi.

Dia mengeluh kecil di dalam hati keraan kejadian itu. Masa dia bersama kakak kelasnya disiarkan seperti itu sahaja. Lepas ni mesti susah dia nak jumpa kerana tidak lama lagi cuti semester akan berlangsung.

Dan pada masa itu mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing jadi mesti dia tak dapat jumpa Claire.

Dalam Carol mengeluh seorang diri disitu, tiba-tiba dia menjerit jeritan pelajar perempuan kelas itu. Dia mengangkat muka dan melihat lelaki yang di rempuhnya tadi memasuki kelas.

Untungkan jadi macam Perth. Masuk kelas jer dah ada peminat jemput. Memang sapa yang jadi macam dia mesti hidup rasa dekat syurga. Dia sudahlah datang dari keluarga yang kaya.

Bapa dia seorang ahli muzik terkenal dan ibu dia pula seorang yang penting dalam pembinaan sekolah ini. Memang untung ada hidup seperti dia.

Carol mengendahkan jeritan peta peminat Perth itu lalu terus memandang kembali tingkap di sebelahnya. Tidak tahulah apa yang seronok sangat tingkap itu sampai suka pandang benda tu.

Dalam dia sibuk melayangkan dirinya di tingkap itu, tiba-tiba bunyi tarikan kerusi sebelahnya kedengaran. Carol dengan cepat menoleh ke arah kirinya.

Dia melihat Perth, lelaki pujaan sekolah ini duduk di sebelah dia. Mata dia membuka besar.

"Aku salah tengok ke ni?" monolog hati gadis itu.

Mata dia digosok dan kelihatan memang benar bahawa Perth duduk disebelah dia.

Kenapa dia duduk situ. Seingat Carol dia selalunya duduk hadapan. Entah kenapa kerusi yang selama ini kosong tidak berpenghuni diduduki oleh Perth.

Carol menatap Perth dengan penuh kehairanan. Dan tatapan itu disedari oleh lelaki tersebut. Dia menoleh lalu menatap muka Carol itu.

"Tak ada orang duduk sinikan?" Soal Perth.

Carol tidak menjawab dan hanya terkaku memandang lelaki itu.

"Dengar tak... " Perth melambaikan tangan dihadapan muka gadis itu. Dia hairan kenapa gadis itu tidak menjawab persoalannya.

Dan setelah beberapa saat barulah gadis itu perasan akan soalan yang ditujukan tadi.

"Oh, sorry. Tak ada orang duduk sana," jawab Carol.

"Kalau macam tu, aku duduk sini," selamba Perth menbalas.

Carol masih tidak faham kenapa lelaki itu duduk disebelahnya. Sedangkan selama ini dia selalu duduk dihadapan. Apa yang buat lelaki itu tiba mahu duduk disitu. Nak katakan kerusi dihadapan itu penuh, tak juga. Masih ada lagi yang kosong.

Dia memang tidak faham. Namun dia endahkan semua itu dahulu kerana sekarang dia sudah terlalu malas untuk berfikir.

Manakala Perth pula hanya duduk tenang di sebelah gadis itu walaupun dia tahu semua pelajar kelas ini sedang berbisik tentangnya yang tiba-tiba duduk di belakang kelas.

Bukannya dia tidak mahu duduk di hadapan tetapi apabila dia duduk di hadapan dia susah untuk fokus pada guru kerana pelajar perempuan yang mengelilingi meja dia dan tambah lagi dengan bisikan mereka itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now