cp 31

846 110 1
                                    

Tok! Tok!

Aku bunyi pintu bilik aku diketuk. Aku yang sedang baring lena sambil membaca buku itu terhenti apabila mendengar bunyi ketukan itu.

Buku ditangan aku ditutup dan diletakkan di atas meja sebelah katil ku. Aku berdiri lalu membuka pintu bilik itu.

"Apahal?" Soal aku kepada Karl yang mengetuk puntu aku itu.

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau. Kita cakap dengan ruang tamu," balasnya lalu berjalan meninggalkan aku.

Aku dengan malasnya terpaksa mengikut sahaja kata lelaku itu. Aku mengambil tempat duduk tempat dihadapan dia duduk. Di atas meha ruang tamu itu penuh dengan kertas-kertas yang pebuh dengan tulisan.

"Ini maklumat pasal budak yang kau suruh cari hari tu," dia menghulurkan iPadnya kepada aku.

Aku mengambil iPad itu lalu terus membaca semua maklumat yang ada. Senyumam senin terukir di bibirku. Memang betul jangkaan aku bahawa kes pelajar dibuang yang dikatakan oleh Karl hari itu berpunca dari dia.

"Macam mana kau tahu pasal perempuan tu pula, Claire?"

"Hari tu, dia ada ugut aku yang dia akan keluarkan aku dari sekolah tu. Jadi aku fikir kalau dia ugut aku begitu mungkin dia pernah keluarkan sesiapa dari sekolah tu," terang panjangku.

Aku membaca kembali maklumat Eva yang terdapar di IPad itu. Dari maklumat yang aku dapat, Eva ni bukanlah asalnya pelajar yang bagus dalam pelajaran tapi setiap kali ujian dia boleh dapat markah yang bagus.

Dan apa yang lebih mengejutkan aku, ujian muzik dia boleh tinggi lagi dari Rechel walaupun cara permainan lebih teruk dari Rechel. Ini mesti guna kuasa bapa saudaranya atau lebih mesra dipanggil pengetua sekolah itu.

"Sebenarnga bukan tu aku nak beritahu kau. Aku nak beritahu kau pasal ni." MacBook milik lelaki itu pula ditunjukkan ke arah aku.

Aku mengambil MacBook itu lalu melihat apa yang ingin dia tunjukkan.

"Kau tahukan sekolah tu pernah dapat derma yang banyak dari seseorang dulu," bicara Karl membuatkan aku hairan.

"Jadi?"

"Orang tu adalah Rania Aderline."

Aku terkaku mendengar kata itu. Bagai tidak percaya dengan semua itu.

Rania.

Bagaimana pula dia boleh terlibat dengan masalah sekolah tu? Dan bila masa pula dia menderma duit sebanyak tu dekat sekolah yang sama.

Jadi sekarang kes kehilangan duit itu semua ada kena-mengena dengan Rania lah kan.

"Macam mana Rania boleh masuk dalam kes ini pula?" Tanya aku.

"Mungkin sebab dia adalah pemilik sebenar sekolah itu." Sekali lagi aku terkejut tidak terkata.

"Pemilik sebenar? Maksud kau?"

"Aku dapat tahu yang sebelum Rania kemalangan, sekolah itu sepatutnya milik Rania tapi Rania tidak sempat ambil nama atas sekolah itu sebab dia meninggal sebelum masa dia ambil nama. Dan selepas tu sekolah itu dipindah milik kepada orang lain sebelum pengetua korang ambil sekolah tu."

Aku diam sejenak. Bibir aku diketap kuat. Aku geram dengan diri ini yang tidak tahu tentang semua ini selama ini.

Rania adalah orang insan paling rapat dengan ku dan dia adalah orang yang paling dekat dengan misteri pindah milik sekolah itu.

Kenapa semakin dalam aku cuba ungkap misteri sekolah itu semakin lemah hati aku untuk menerima kenyataan sebenar.

"Bukan tu jer aku nak beritahu kau," mata aku beralih melihat Karl.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now