cp 33

818 105 2
                                    

Violin ditangan dimainkan oleh ku dengan penuh teliti. Aku kini berada di bilik latihan seorang diri. Sepatutnya di dalam bilik ini ada Ian dan Rechel yang menemani aku tapi mereka berdua pergi keluar sekejap apabila dipanggil oleh cikgu tadi.

Buku nota dihadapan aku diselak ke muka surat yang seterusnya. Baru sahaja aku mahu memainkan bahagian itu tiba-tiba pintu bilik ini diketuk.

"Masuk," ujar aku sambil memandang ke arah pintu.

Pintu bilik itu dibuka dan kelihatan manusia paling aku tidak suka datang ke bilik ini. Siapa lagi kalau bukan Eva.

Violin aku yang ada di posisi leher aku di lepaskan. Mata aku memandang tajam perempuan itu.

"Apa kau nak?" Soalku dengan nada yang serius.

Perempuan itu berjalan mendekati aku sambil tersenyum. Aku dapat merasai senyuman itu seperti ada sesuatu di sebaliknya.

"Jangan serius sangat. Aku datang sini dengan niat baik nak tolong kau," jawab perempuan itu.

"Tolong aku? Aku tak pernah ingat aku minta tolong kau."

Mata aku memang tajam melihat Eva dihadapan aku ini. Entah apa lagi helah yang perempuan ni nak buat pada aku.

"Okay macam ni, aku datang sini sebenarnya nak minta maaf dekat kau sebab buli kau selama ni," ujarnya sambil memberi senyuman ke arah aku.

Susah hendak mempercayai mulut manis perempuan ini kerana mungkin di balik manis kata dia tu ada pahitnya juga.

"So?" Soal ku.

"So aku ada bawa pianist untuk ujian kau minggu depan. Aku tahu kau belum ada pianist lagi jadi aku kenalkan kau dengan seorang pianist ni," tertarik aku dengan pa yang dia sebutkan. Apa lagi permainan dia kali ni.

"Mana dia?" Aku mahu melihat orang yang dia katakan itu.

Eva tersenyum lalu berjalan balik ke arah pintu. Seorang budak perempuan dibawa masuk bersamanya ke dalam bilik ini.

Budak perempuan itu kelihatan seperti takut dengan aku sehingga dia tidak mahu mengangkat mukanya melihat aku. Kalau diangkat mesti dia akan turunkan balik pandangannya.

"Inilah budak tu. Jadi korang kenal-kenal lah dulu ye," ujarnya lalu meninggalkan budak perempuan ini.

Aku melihat ke arah budak itu. Mukanya masih lagi memandang lantai bilik itu. Dia ni takut dengan aku ke malu dengan aku.

Aku berjalan ke arah sofa di dalam bilik itu. Violin aku diletakkan di atas meja kecil di sebelah sofa tersebut. Kemudian aku melabuhkan punggungku di sofa tersebut.

Aku diam melihat budak itu. Budak itu langsung tidak melihat ke arah aku dan hanya berdiri diam di situ.

"Kau sampai bila nak berdiri diam situ?" Soal ku yang membuatkannya terkejut.

Kepala dia diangkat sedikit melihat ke arah tapi dia tundukkan semula.

"Sa-saya..." Budak itu cakap tergagap-gagap. Mungkin dia takut pada aku.

"Apa nama kau?" Tanya aku memotong kata budak itu.

"Ca-Caroline, boleh panggil Carol jer," balasnya.

Cantik nama tu. Maksud dia pun cukup cantik juga. Tapi kenapa aku rasa budak ni tak sesuai pakai nama itu. Dari segi sikap memang cukup jauh.

"Kau IPA dalam muzik berapa?"

"3.6," cukup besar IPA budak ni. Memang betul pepatah Inggeris kata 'don't judge book by its cover.' Budak ni langsung tak ada rupa seperti budak pandai tapi IPA cukup tinggi.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now