cp 67

789 95 13
                                    

Aku duduk di dalam bilik rehat sekolah ini. Bilik ini digunakan untuk para peserta yang menyertai pertandingan itu menunggu sementara giliran mereka.

Kini baru aku tahu bahawa pertandingan yang dikatakan oleh Leyna hari itu adalah pertandingan yang diadakan khas oleh sekolah ini. pertandingan itu mewajibkan seorang peserta dari sekolah lain untuk masuk.

Tapi dalam kes aku lain pula kerana sekolah aku sudah menghantar perserta jadi aku hanya peserta tambahan sahaja. Itu pun untuk pertandingan khas violin sahaja.

Bilik yang aku duduk sekarang terasa sunyi kerana Zale belum tiba. Aku tidak langsung berasa takut ataupun gemuruh. Malah aku rasa tenang sahaja.

Aku tahu bahawa aku tidak akan kalah dengan mereka. Kalau aku kalah maksudnya aku bukan datang dari keluarga Claes.

Tok! Tok!

Pintu itu diketuk lalu ianya terbuka. Kelihatan Zale yang masuk sambil membawa 2 kotak air ditangannya.

"Sorry kakak, datang lambat. Ada kerja sikit tadi," ujarnya sambil berjalan ke arah aku.

Aku tersenyum tanda tidak kisah. Setidaknya dia ada daripada dia terus menghilangkan.

"Nah, untuk kakak." Air kotak tadi diberikan kepada aku.

Aku dengan terujanya mengambil air kotak itu. Tahu sahaja dia apa yang aku suka. Memang aku dia ni tak pernah lupa aku dulu.

"Oh ya Zale, kenapa kamu nak tolong kakak hari tu ye?" Soal aku apabila teringat akan kisah itu.

"Saya tolong sebab saya nak minta maaf dengan kakak."

"Kamu tak takut ke?"

"Takut apa?"

Aku memandang hairan mukanya. Tak kan dia tak tahu kisah Leyna jadi ahli ketua pelajar. Hari tu aku tanya dekat semua adik kelas aku, mereka kata mereka kenal sangat sosok pembuli tu. Tak kan dia tak kenal pula.

"Leyna. Kamu kenalkan? Dia kan ahli ketua pelajar. Nanti dia kerjakan kamu, kamu tak takut ke?"

"Buat apa nak takut. Pangkat dia bukannya tinggi sangat pun," balasnya membuat aku sedikit terkejut dan kehairanan.

Biasa perlajar lain takut akan Leyna tapi dia tidak malah merendahkan perempuan itu. Ke sebenar dia ni...

"Kamu ahli ketua pelajar ke?" Tanya aku apabila terfikir hal itu.

Zale tersenyum lalu mengangguk. Patutlah dia berani sangat. Tak sangka pula aku dia ni ahli ketua pelajar.

"Apa pangkat kamu?"

"Timbalan presiden. Sama seperti pangkat kakak dulu."

Terharu sedikit aku apabila mengetahui hal itu. Rupanya dia ni yang ganti pangkat aku sejak aku pindah ini. Tak sangka pula dia ni memang seperti mengikut jejak langkah aku.

"Jadi bakal presiden lah ni," ujar aku untuk mengusiknya.

Dia menggaru lehernya tanda dia malu. Comel pula rupa dia ni malu-malu sini.

Tok! Tok!

Kami berdua terus memandang ke arah pintu masuk apabila pintu itu dibuka.

"Giliran kamu berdua selepas ini. Jadi tolong siap sedia di belakang pentas sekarang," ujar seorang murid.

Aku mengangguk lalu aku berdiri dari duduk aku. Violin yang ada ditepi aku diambil dan terus aku keluar dari bilik itu bersama Zale yang sudah sedia itu.

.
.
.

Bunyi iringan violin perserta sebelum aku kedengaran dari belakang pentas ini. Aku menutup mata aku mendengar bunyi itu. Terdapat beberapa kesalahan namun masih lagi bagus permainannya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now