cp 83

766 91 7
                                    

Dewan yang besar ini riuh dengan bunyi para pelajar yang sudah datang ke majlis penutupan semesta ini.

Lampu yang terang menghiasi seluruh penjuru dewan ini. Dalam sekelip mata sahaja dewan ini menjadi terang di waktu malam dengan kehadiran lanpu yang terang benderang.

Aku yang berdiri di penjuru dewan ini terasa sakit mata melihat lampu yang sungguh menyerlah itu. Bukan setakat lampu yang menyerlah, malah dress dan baju yang dipakai oleh para pelajar turut menyinari mata aku.

Pelbagai stail dan rupa dress mereka itu. Aku tahulah majlis seperti ini hanya diadakan sekali setahun tapi tak perlulah melebih seperti ini.

Aku yang baru tahu pindah sekolah ni pun terkejut melihat semua ini. Kalau sekolah lama aku dulu tak adanya mahu pakai seperti ini. Semua pakai yang biasa sahaja dan juga yang malas hanya gunakan baju uniform sekolah iaitu aku.

Ya, aku memang malas nak hadiri majlis seperti ini. Buang masa sahaja bagi aku. Tapi tahun ini lain pula yang jadi.

Aku memang masih malas namun tahun aku terpaksa. Bukan sebab Rechel tapi Karl. Lelaki itu yang paksa aku datang dan pasangan dia untuk buat persembahan violin nanti. Memang susah betul ada orang macam dia.

Aku tahulah dia orang jemputan majlis tapi tak perlulah libatkan aku. Banyak lagi kot pelajar jurusan biolin lain. Ini tak, aku juga yang kau pilih. Dah lah siap beli dress aku tanpa pengetahuan aku tahu. Datang jer rumah tiba kata mesti ikut dia pergi majlis ini.

Apalah nasib.

Buzz.. Buzz..

Tiba telefon aku bergegar. Aku melihat telefon itu dan kelihatan Karl yang menelefon aku. Aku menjawab pangilan itu.

Selang beberapa saat, Pangilan itu diputuskan lalu aku terus berjalan membawa beg violin aku pergi belakang pentas menjumpai Karl.

Sesampai di sana aku dapat melihat Karl yang sudah bersiap sedia dengan violin dan baju segaknya. Nampak kacak pula lelaki itu pada hari ini.

"Bila kita masuk?" Soal aku.

Aku memandang sekeliling tempat ini. Kosong kerana semua ahli orkestra sekolah sudah ada di atas pentas kecuali kami berdua.

Kalau ikutkan rancangan kami berdua memang masuk akhir sebab kami membuat persembahan istimewa. Biasalahkan, yang istimewa selalu yang terakhir.

"Dalam 10 minit lagi," jawab Karl.

Aku memerhati Karl yang sedang mengatur tali lehernya itu. Dari tadi dia buat tu tapi masih juga tak betul. Itulah lumrah hidup Karl. Tak pernah nak pandai pakai tali leher.

"Biar sini aku buat," ujar aku lalu menepis tangan Karl yang berbelit memakai tali leher.

Aku mengatur tali leher itu di baju Karl tidak sampai 3 minit dan akhir siap. Berbanding dengan Karl yang sudah atur benda itu lebih dari 5 minit tadi. Lagi cepat aku buat.

"Thanks," ucapnya.

"Tu lah orang cakap belajar pakai, tak nak." Perli aku.

Karl menghadiahkan aku satu jelingan. Tak takut pun. Rasa jeling balik adalah.

Aku meletakkan beg violin aku di atas meja lalu mengeluarkan violin aku. Diperiksa dahulu aku violin itu sebelum aku cuba mendengar bunyinya.

Semuanya sempurna.

Harap sahaja tidak ada apa-apa terjadi nanti.

"Violin kau okay?"

Aku mengangguk kepala.

Tears of Melody [✔️]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora