cp 87

783 95 2
                                    

"Mama..."

Karl terbangun mendengar satu suara di sebelahnya. Lelaki itu memandang gadis disebelahnya.

Raut wajah gadis itu kelihatan seperti dalam keadaan susah. Seperti ada sesuatu yang berlaku di dalam tidurnya.

"Mama..." Sekali lagi pangilan itu disebut.

Mata gadis itu mengeluarkan air mata sekali lagi. Karl berfikir mesti gadis itu sedang bermimpi buruk.

Claire pernah bermimpi buruk satu ketika dahulu sehingga menyebabkan gadis itu menanggis dalam tidurnya.

"Claire," dia cuba mengejutkan gadis tersebut.

Claire tidak bangun malah berterusan memanggil nama tadi. Tangan kiri Karl digenggam olehnya membuat Karl tahu bahawa gadis itu sedang bermimpi buruk.

"Mama jangan tinggalkan Claire," gadis itu mula bertindak memukul Karl.

Karl tanpa berfikir terus menahan tangan Claire dan terus memeluk gadis itu. Claire langsung tidak menyedari perbuatan itu.

"Sabar Claire. Semua ini akan berakhir. Kau akan dapat semua yang kau nak," dia cuba menenangkan gadis tersebut.

Gadis itu mula bertenang dalam pelukan itu. Karl merebahkan kembali gadis itu di katil. Rambut yang lembut itu diusap olehnya.

Mata yang ayu jelita itu dipandang oleh Karl. Sungguh dia sayang pada gadis di sebelahnya. Dia tidak boleh melihat mata tersebut mengeluar air mata. Dia tidak boleh biarkan semua itu.

"Ini Claire. Dia akan jadi adik kamu mulai hari ini."

Tiba terlintas satu memori lampau melintasi fikirannya. Memori bagaimana pertemuan antara dua insan tersebut.

Itu adalah antara memori yang tidak akan dilupakan oleh Karl kerana kedatangan Claire memberi sejuta makna kepadanya.
.
.
.

15 tahun lepas

"Ini Claire. Dia akan jadi adik kamu mulai hari ini," itulah kalimat bapanya berikan kepada Karl.

Budak lelaki yang berumur 8 tahun itu melihat ke arah seorang gadis kecil yang menyorok dibelakang kaki ayahnya.

Gadis itu kelihatan takut bersemuka dengan dirinya. Karl pula hanya endahkan semua itu kerana dia juga tidak berminat hendak ambil tahu pasal gadis itu.

"Kamu sebagai seorang abang mesti jaga dia. Jangan biar dia dalam bahaya," ucap ibunya pula.

Karl memandang ke arah ibunya dan automatik kepalanya mengangguk. Selepas itu, mereka berempat terus masuk ke ruang makan untuk menjamu selera.

Pembantu rumah itu dengan segera menyedia hidangan. Semua mereka mendapat hidangan yang sama kecuali gadis itu.

Karl memandang pelik ke arah gadis tersebut. Terfikir di otaknya kenapa gadis itu hanya memakan sayuran sahaja.

"Dia ada masalah jantung. Dia tak boleh makan macam kita sangat. Jadi nanti jangan kamu beri dia makan pelik-pelik," ujar ayahnya yang duduk bersebelahan sahaja.

Tahu encik Louis bahawa anak lelakinya itu hairan melihat Claire. Jadi dia buat keputusan untuk memberitahu sahaja daripada terus disimpan.

Lagipun dia tahu bahawa Karl sangat bijak untuk memahami semua itu. Mesti tiada masalah di masa hadapan kalau biarkan Karl menjaga Claire.

.
.
.

Karl duduk di sofa sambil membaca satu buku cerita kanak-kanak di ruang tamu. Namun matanya tidak terpapar di buku itu malah terpapar di muka seorang gadis yang duduk diam dihadapannya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now