cp 32

831 106 2
                                    

Mata aku menatap taman sekolah dari tingkap kelas ku. Fikiran aku semak dengan apa yang diberitahu oleh Karl pada malam tadi.

Dendam dihati aku memang sedang membara sekarang. Mereka yang merancang kemalangan itu memang tidak berhati perut.

Mereka telah membuat seseorang kehilangan nyawa dan orang itu adalah orang yang paling aku sayang di dunia ini.

Jikalau aku tahu orang itu siapa, memang habislah orang itu aku kerjakan. Aku tidak akan maafkan orang itu walaupun mereka melutut di depan aku ini.

"Claire!" Tiba satu suara memanggil aku.

Aku menoleh ke arah orang yang memanggil aku itu. Mukanya kelihatan marah kepada aku yang duduk ini.

"Kamu fikir kamu ni dah pandai sangat ke, sampai tak fokus dengan saya depan ni. Saya mengajar bukan tidur depan ni," marah cikgu Viky yang merupakan cikgu matematik itu.

Satu kelas memandang ke arah aku yang kena merah ini. Sekejap je aku jadi terkenal dalam kelas ini.

Aku yang tidak tahu hendak balas apa dengan cikgu itu hanya diam melihat dia. Nanti kalau menjawab dicop pelajar kurang ajar pula.

"Kamu pergi depan ni, jawab soalan ini. Saya nak tengok macam mana pandai kamu sampai tak fokus dengan saya," arah guru itu dengan nada yang marah.

Semak betul lah cikgu ni. Suruh aku jawab soalan pula. Pelajar hujung kelas ni tidur tak pula dia perasan. Aku yang tak fokus ni jer yang dia perasan. Apa lah nasib kena dengan cikgu ni.

Aku berdiri dari kerusi aku lalu berjalan ke hadapan. Dan tanpa aku perasan satu kaki tiba-tiba hadir di laluan aku membuatkan aku hampir terjatuh.

"Ups, tak sengaja," ucap Eva yang merupakan orang atas perbuatan tadi.

Nampaknya kau memang masih tak puas hati lagi dengan aku ni. Kau tunggu saja Eva, nanti bila aku dah ungkap semua perbuatan kau dan pak cik kesayangan kau dekat sekolah ni, jangan harap aku akan benarkan kau ada di sekolah ini lagi.

"Apa yang kamu tunggu lagi dekat sana? Datanglah depan," sekali lagi cimgu itu memanggil aku.

Eve tersenyum senin ke arah aku. Aku menghiraukan senyuman itu dan terus berjalan ke hadapan. Maker di tangan cikgu itu aku ambil lalu aku buat soalan matematik yang ada di hadapan papan putih tersebut.

Tak sampai 5 minit aku buat, semuanya sudah selesai. Tak lah susah sangat. Senang jer apatah lagi bila benda ni aku dah belajar di sekolah lama aku dulu.

Aku memberikan kembali maker kepada cikgu itu lalu berjalan balik menuju ke tempat duduk itu.

Tapi sebelum aku berjalan, aku terfikir sesuatu di otakku. Aku tersenyum lalu berjalan dan dengan sengajanya aku memijak kaki Eva.

"Sorry, tak sengaja tadi." Ucap aku sambil tersenyum.

Ya, aku membalas perbuatannya tadi. Kau fikir aku ni bodoh sangat ke nak biarkan kau buli aku macam tu. Aku ni bukan macam mangsa buli kau dulu.

Muka Eva menahan marah kepada aku. Aku pula hanya tersenyum senin lalu berjalan kembali ke tempat duduk aku. Puas hati aku bila dapat balas budak tu balik.

.
.
.
.
.

Ian melihat ke arah Claire yang berjalan menuju ke tempat duduknya itu. Di dalam fikiran masih tidak habis mencurigai Claire.

Apatah lagi selepas dia melihat kejadian yang berlaku semasa lawatan sambil belajar pada hari itu.
.
.
.

Flashback

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now