cp 9

1K 132 6
                                    

Aku duduk seorang di bumbung sekolah ku ini dengan kepala yang serabut memikirkan hal yang berlaku pada aku sekarang.

Bukan tentang pertandingan 2 minggu akan datang tapi tentang perempuan yang bernama Rachel itu. Sejak aku datang sekolah ini pagi tadi dia tidak henti-henti nak cuba cakap dengan aku.

Ya, memang aku cuba hiraukan tapi kalau dia dah ikut kemana saja kita pergi sapa tak rimas.

Aku pergi ke perpustakaan dia ikut, aku pergi ke tandas dia ikut. Ke mana pun aku pergi mesti dia akan ada. Sekarang ini pun selamat sebab aku sempat bersembunyi dari dia tadi. Kalau tak memang sudah ada dia sini.

"Claire!"

"Hoi!" Aku terkejut apabila ada suara dan tangan yang menyentuh aku.

Aku menoleh ke belakang dan melihat Rachel yang berbuat sebegitu.

Hah! Habislah aku, dia sudah jumpa aku. Masa yang aku ingin berseorangan sudah tamat. Cepat betul dia ni jumpa aku.

"Kau buat apa sini?" Tanya Rachel.

Aku cuba menghiraukan dia. Aku diam dan tidak menjawab soalannya.

"Kau tak practice macam dulu lagi ke?" Lagi soalan dikeluarkan.

Dan aku masih lagi cuba menghiraukannya lagi. Dengan harapan dia boleh mengalah.

"Claire, kenapa kau diam sangat dalam kelas?"

Lagi-lagi soalan ini dikeluarkan. Agak-agak sampai bila aku boleh tahan dengan budak ni. Budak ini satu lagi kenapa susah sangat nak mengalah.

"Claire, cakaplah dengan aku..."

"Seriously, kenapa kau nak kawan dengan aku, hah?" Aku mula hilang sabar. Akhirnya aku juga yang kalah.

"Kan aku dah kata, aku tengok kau ni diam sangat dalam kelas jadi aku nak kawan dengan kau," balasnya sambil tersenyum.

"Aku diam ke bising dalam kelas, itu urusan aku. Bukan urusan kau. Jadi kalau aku nak ada kawan or tak nak itu juga pilihan aku bukan kau," tegas aku berkata kepadanya.

"Tapi still nak jadi kawan kau."

"Seriously, gênante," keluar bahasa France aku. Aku terus angkat kaki dan keluar dari situ.

Panas juga hati aku dengan perempuan yang tak faham kata itu.
.
.
.
.
.

Sekarang sudah masuk waktu kelas petang. Aku yang sebuk belajar di perpustakaan itu menyimpan semua buku ku. Nasib juga perempuan tadi tidak mengganggu aku belajar.

Aku keluar dari perpustakaan lalu terus berjalan menuju ke kelas violin ku. Masuk ke kelas dan melihat sudah ramai juga yang sudah datang.

Aku berjalan ke tempat duduk biasa ku. Dihadapan tempat duduk ku aku melihat Rachel yang tersenyum kepada aku.

"Claire, duduk lah dengan aku sini," ujarnya.

Aku memandangnya lalu menghiraukan dia. Aku duduk ditempat biasa aku iaitu tepat di belakang tempat duduk.

Aku dapat lihat seperti sedikit hampa dengan pilihan ku. Tapi apa aku kisah. Aku sudah kata aku tak nak jadi kawan dia. Apatah lagi duduk sebelah dia. Memang tak lah, ganggu masa belajar aku saja.

Aku merebahkan muka ku dimeja untuk melelapkan sekejap diri ku. Aku berasa sungguh letih hari ini.
.
.
.
.
.

"Hoi Rachel, boleh tak kalau kau bagi Ian itu jadi pianist aku saja," satu suara yang agak kuat datang.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now