cp 20

905 112 0
                                    

Aku dan Karl keluar daripada keretanya setelah kami menjumpai tempat letak kereta. Kami berdua terus berjalan masuk ke sebuah restoran yang cukup mewah.

Sebelum kami masuk, kami terpaksa berjumpa dengan pelayan di pintu hadapan restoran itu untuk menunjukkan arah meja kami.

Pada waktu itu Karl yang uruskan semua itu. Aku pula sedang berdebar hati kerana dapat bersiap berjumpa ibu bapa angkat aku.

Aku pada hari itu hanya memakai pakaian yang biasa kerana ini bukan pertemuan formal hanyalah pertemuan keluarga jadi buat apa nak pakai baju elok-elok. Karl pun bukannya elok sangat baju malah baju yang dia pakai sekarang pun baju dia pergi kerja tadi.

Ambil sahaja aku di rumah tadi terus kami bertolak menyebabkan Karl tidak sempat menukar baju. Tapi aku rasa mamat tu pun malas nak tukar. Tadi sempat je dia tukar tapi tak da pula dia tukar.

Setelah selesai urusan Karl bersama pelayan tadi, kami dibenarkan masuk dengan tunjuk arah daripada pelayan itu.

Hampir 30 saat juga aku berjalan, akhirnya melihat kelibat ibu bapa angkat aku yang sedang duduk di meja restoran ini. Mata mereka berdua melihat ke arah aku dan Karl. Dan tiba hati aku berdebar melihat mereka. Air liur aku terteguk untuk bersedia bertemu dengan 2 orang insan itu.

"Mummy, daddy," tegur Karl lalu kami berdua duduk.

Suasana disitu diam seketika. Aku yang tidak tahu mahu katakan apa turut berdiam. Situasi ini memang berasa jangkal. Mungkin aku boleh keluarkan topik sepuya tidak terlalu jangkal seperti ini kot.

"Mum-"

"Macam mana kamu berdua sekarang? Sihat," tiba kita aku terpotong akibat ibu angkat aku itu.

"Kami okay. Mummy, daddy pula macam mana?" Jawab aku.

"Kami berdua okay je. Tapi itulah rasa sunyi sikit bila kamu berdua tak ada. Rindu betul mummy. Daddy kamu ni lagilah. Setiap malam nak telefon kamu berdua. Tapi nasib jugalah mummy halang. Kalau tak memang rimas kamu kerja daddy kamu ni nanti," panjang jawapan ibu angkat aku ini.

Aku tertawa mendengar cerita ibu angkat aku ini. Sungguh lawak. Tak pernah nak berhenti mengusik suaminya itu. Sebab itulah kalau kami berempat berkumpul tak akan diam. Tadi pun diam sekejap sahaja.

"Dear, janganlah cerita," malu bapa angkat aku apabila isterinya mengungkit cerita tadi. Aku tersenyum sahaja di situ melihat pasangan isteri suami yang sepadan ini.

Jap, mesti korang hairankan kenapa aku rapat saja dengan keluarga angkat aku inikan?

Mesti korang fikir yang keluarga angkat aku ni macam selalu dalam drama tu. Dimana mereka ambil aku sebab suruh aku jadi orang gaji tidak berbayar mereka lepas tu mereka buli aku, pukul akukan.

Tak okay! Keluarga angkat aku bukan macam tu. Mereka ni baik sangat kecuali si syaitan tepi aku ni lah. Peragai memang laknat terus.

Okay berbalik pada keluarga angkat aku tadi, mereka ni baik sangat sampai anggap aku ni macam anak kandung mereka sendiri. Walaupun mereka sudah ada Karl tapi mereka masih juga layan aku macam anak mereka. Tidak lebih tidak kurang dari Karl. Sama rata.

Kadang-kala mereka ni layan aku sampai aku anggap mereka ni ibu bapa kandung aku. Yelah, mereka ni baik dan ambil aku daripada dibuang oleh keluarga sebenar aku.

Aku sendiri tak faham kenapa mereka ni baik sangat dengan aku sampai aku fikir bahawa mereka ni lebih bagus dari keluarga lama aku. Ataupun mereka ini memang lebih bagus dari keluarga lama aku.

Dan sebab itu jugalah aku pandai dalam bermain violin. Sebenarnya, mereka tidak halang atau paksa aku belajar violin tapi hanya aku ni yang rasa violin itu seronok apabila aku melihat mereka cuba bermain.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now