cp 108

696 75 1
                                    

Aku menarik nafas ku sebelum aku membuka pintu bilik latihan itu. Perasaan berdedar itu memang terasa dia dalam hati.

Bayangan seorang lelaki kelihatan dari cermin yang ada pintu ini. Itulah Perth dan sekarang aku mesti menemuinya kerana dia adalah pasangan aku untuk satu festival akan datang.

Tok! Tok!

Pintu bilik ini diketuk oleh aku sebelum aku membukanya. Sosok yang sedang bermain piano tadi terhenti. Mata dia memandang ke arah aku.

Aku menghadiahkan lelaki itu satu senyuman sambil aku berjalan ke arahnya.

"Kakak..." panggil lelaki itu.

"Kita berjumpa lagi ya," balas aku dengan senyuman.

Sesungguhnya aku amat mahu berjumpa dengan lelaki ini sekali lagi. Dan bila aku dapat peluang ini, aku rasa aku tidak boleh hilangkan apa yang sudah diberikan.

Aku mesti bertanya pada lelaki ini apa yang sudah berlaku pada aku sejak aku kemalangan dahulu.

"Kakak harap kita dapat berkerjasama ya," tangan aku dihulurkan untuk bersalaman.

Budak lelaki di hadapan aku teragak-agak mahu menyalam aku, namun akhir kami tetap bersalaman.

"Lepas habis event tu, kakak ada sesuatu nak tanya kamu. Jadi tolong jangan lari," kata aku kepada Perth.

Budak ini terkaku. Niat aku bukan nak takutkan dia tapi kalau aku tak buat macam ni nanti lagi susah untuk aku tahu perkara sebenar.

"Saya pun ada benda nak cakap dengan kakak lepas habis event tu," kata yang mengejutkan aku.

"Kalau macam tu, lebih baik kita buat yang terbaik untuk event tu ya."

Salaman tadi dilepaskan. Beg violin aku diletakkan di atas meja lalu aku mengeluar violin aku.

Aku menoleh kembali ke arah Perth. Lelaki itu sudah siap duduk di kerusi piano sambil tangannya direnggang untuk bermain.

Bow violin aku diangkat lalu aku memberi isyarat pada Perth untuk memulakan permainannya. Setelah beberapa saat, aku pun mula memainkan bahagian aku.

Cukup menarik juga permainan piano Perth. Sangat sempurna dan sepadan dengan temponya. Memang seronok berpasangan dengan orang seperti Perth.

Hampir beberapa minit juga aku bermain, akhirnya aku selesai. Bow violin di turunkan lalu aku menoleh ke arah Perth yang berada di belakang aku.

"Cara permainan kamu sangat bagus. Kamu memang sudah belajar piano lama ya?" Aku menyoal membuka kata antara kami berdua.

"Ya, sejak saya umur 4 tahun."

Aku tersenyum mendengar suara budak itu. Entah kenapa aku dapat rasakan bahawa kami sangat rapat sekarang.

Ianya seperti aku pernah bercakap dengan budak ini dahulu walaupun kenyataannya aku tidak ingat apa-apa.

Kaki aku malangkah ke hadapan piano yang dimainkan oleh Perth tadi. Lelaki itu dipandang oleh aku dari atas sampai bawah. Memang seperti aku pernah jumpa dahulu tetapi aku tidak mengingatinya.

"Kamu sekarang sudah ada partner tetap violinist ke?" Soalku lagi.

Budak itu menggelengkan kepalanya.

"Kenapa tak? Kamu tahukan kalau kamu ada partner macam tu boleh tolong untuk naikkan point kamu dekat akademi ni."

"Saya tak suka ambil kisah pasal orang lain. Saya lebih suka sendiri daripada berharap pada orang lain," jawapan yang sedikit menyantapkan hati aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now