cp 18

880 117 0
                                    

Aku duduk di bangku yang berdekatan dengan tasik di hadapan aku. Setelah aku bertemu dengan lelaki tadi aku terus bergegas pergi dari situ dan datang ke sini.

Rancangan aku sebenarnya hendak pulang terus selepas melawat makam tadi tapi entah tiba-tiba tempat ini terlintas di kepala aku.

Tempat ini adalah tempat yang istimewa bagi aku jadi aku berfikir mahu singgah ke sini dahulu sebelum aku balik. Aku tidak tahu bila lagi aku akan datang ke sini sekiranya aku tidak datang hari ini.

Aku teringat kenangan aku di tempat ini bersama wanita yang aku lawat tadi. Tempat ini adalah tempat kesukaan wanita itu. Dia selalu memberitahu aku bahawa dia suka tempat ini kerana keindahan tasik yang cukup besar dan juga terdapat banyak tumbuhan hijau.

Pada waktu itu tasik ini tidaklah terkenal sangat jadi tidak ramai yang akan ke sini pada waktu petang tapi setelah dua tiga tahun ini tasik ini menjadi sangat terkenal setelah diubahsuai.

Sudah banyak juga yang sudah berubah di kawasan ini. Dulu kawasan ini mana ada jembatan gantung yang menyeberangi tasik ini tapi kini sudah ada.

Kalaulah wanita itu dapat melihat semua ini mesti dia akan gembira. Walaupun wanita itu seorang pianist tapi dia amat meminati alam semula jadi.

Aku ingat lagi, di rumahnya dulu terdapat sungguh banyak pokok yang dia tanam. Kadang-kala aku fikir rumah itu boleh jadi hutan kalau dia terus menanam pelbagai pokok lagi.

Dan bagi aku waktu itu lah waktu paling seronok dalam hidup aku. Waktu dimana aku boleh meluangkan masa bersama dengan wanita itu.

"Tengok ada burung bagaulah. Cantiknya."

"Mana?"

"Tu..."

"Eh! Betullah. Tajam betul mata kamu."

"Biasalah."

Memori aku tiba terlintas. Aku yang duduk di bangku itu seperti dapat melihat bayangan aku dan wanita tadi pada waktu dulu.

Air mata aku mengalir. Aku rindu akan wanita itu. Semua kenangan dia bersama aku kini seperti berputar di kepala aku.

Semua ini seperti memberi hukuman pada diri ini. Menghukum kerana meninggalkan dia selama 16 setelah dia pergi tanpa menjenguk sekali pun. Kalaulah aku dapat menjenguk dia akan lakukan setiap hari. Tapi aku tidak dapat.

Seandainya ada peluang kedua untuk aku bertemunya mungkin aku sudah peluk dia dan tak akan biarkan semua takdir buruk dia berlaku. Aku akan jaga dia daripada semua manusia yang mempunyai 2 muka di dunia ini.

Kalaulah ini memang hukuman buat aku, aku akan terima. Aku layak menerima semua ini. Sangat layak.

Mata aku yang mengalirkan air mata tadi aku lap menggunakan tisu yang aku bawa di dalam beg tangan aku. Cermin mata hitam dipakai oleh aku supaya tidak kelihatan sangat aku sedang menanggis.

Aku berdiri lalu aku berjalan menuju ke arah tasik dihadapan aku. Aku melihat dan memberi senyuman ke arah tasik itu buat kali terakhir untuk hari itu. Keindahan tasik itu tidak pernah berubah.

Selang beberapa saat aku melihat tasik itu, akhirnya aku mula membuka langkah pergi dari situ.

"Claire," tiba satu suara yang amat aku kenal memanggil nama aku. Aku berhenti tapi aku tidak menoleh ke arah suara itu.

Suara lelaki yang berumur itu amat aku kenal. Suara itulah yang mengatakan bahawa wanita yang amat aku sayangi tadi adalah wanita tercintanya tapi semua itu tipu. Dan suara itulah yang pernah memburukkan nama wanita tadi.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now