cp 41

807 103 0
                                    

Kring!

Loceng terakhir sekolah ini berdering. Carol yang duduk seorang diri di dalam kelas itu melihat jam dinding di kelasnya.

Jam itu menunjukkan pukul 6 petang. Sudah lama sangat dia di sekolah ini. Dia patut kembali ke asrama dia sebelum pagar sekolah ini ditutup. Takut nanti terpaksa panjat pagar pula untuk keluar.

Gadis itu mengemas semua barangan dia di atas meja ke dalam beg. Setelah selesai, dia terus keluar dari kelas itu.

Sinar matahari yang berwarna jingga itu menyinari koridor yang sunyi itu. Semua murid mungkin sudah pulang ke asrama masing-masing menyebabkan sekolah itu sangat sunyi.

Carol meneruni tangga di tingkat bagunan itu. Sesampai sahaja dia di anak tangga terakhir, tiba-tiba badannya ditarik oleh satu tangan dengan kasar.

Badannya ditolak ke dinding yang berdekatan dengan tangga tersebut sehingga dia terjatuh.

"Dapat pun kau," ujar satu suara yang amat dia kenali.

Carol megangkat mukanya melihat ke arah atas dan kelihatan Seara dan Tina memandang marah ke arah dirinya.

Dia mula berasa takut dalam keadaan seperti itu. Sudahlah sekolah ini tengah sunyi mesti susah dia hendak minta tolong ini.

Tina yang berdiri di hadapan gadis itu mula menundukkan badannya melihat muka Carol. Kemudian, rambut pendek Carol ditarik olehnya dengan kuat.

"Kau hari tu bukan main dapat lari dari kami. Kau fikir, kami berdua akan lepaskan kau ke," ujarnya.

Seara yang ada di belakang Tina hanya tersenyum senin memandang Carol.

"Oh ya, hari tu kami berdua belum sempat lagi gunting rambut kau kan. Kalau macam tu hari ini kami akan sambung buat kerja tu," ujar Tina.

Tangan Tina satu lagi dihulurkan ke arah Seara yang berdiri itu. Slyvia tersenyum senin lalu memberikan satu gunting kepada kawannya.

Gunting itu diambil dan ditunjukkan dihadapan muka Carol. Gadis itu pada masa tersebut sungguh takut sehingga tangannya mula bergetar semula.

Dia tidak mahu rambutnya digunting, apatah lagi oleh dua orang itu. Gunting yang baru sahaja sampai di rambut Carol yang ditarik tadi terhenti apabila Seara menahan tangan Tina.

"Kenapa kau hentikan aku?" Soal Tina kepada Seara

"Aku rasa lebih baik kita jangan gunting rambut budak ni,"

Carol dan Tina memandang pelik ke arah perempuan itu. Sejak bila pula dia jadi baik ni.

"Dah kenapa pula? Hari bukan main kau nak gunting rambut budak ni,"

"Sabar dulu. Dengar apa yang aku nak kata," keluh Seara.

Gunting yang diangkat tadi diturunkan namun rambutnya masih lagi tidak dilepaskan.

"Apa dia?" Soal Tina.

"Kita buat benda lain," cadang perempuan itu.

"Buat apa?"

Perempuan itu diam sekejap sambil menunjukkam muka yang lagi berfikir. Matanya memandang ke arah Carol yang penuh dengan ketakutan itu. Beberapa saat kemudian, mulutnya mula tersenyum senin.

"Seingat aku, tangan adalah anggota paling penting untuk pianistkan," ujarnya sambil memandang senin muka Carol.

"Tak kan lah maksud, kau nak..."

"Yes, kita cederakan tangan dia. Biar dia tak dapat main piano lagi seumur hidup dia," balasnya dengan nada yang sungguh kejam.

Tina yang menahan Carol turut tersenyum apabila kawannya mengatakan hal itu. Dia setuju sangat dengan idea barunya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now