cp 58

749 88 0
                                    

Aku membuka langkah menuju ke satu bilik di dalam bangunan ini. Aku ingin bertemu dengan seseorang.

Susah untuk aku percaya akan semua yang aku dengar dari budak tadi tentang Zale adalah benar. Aku tidak tahu semua itu terjadi pada Zale.

Setelah hampir setengah tahun aku pindah dari sekolah ini, aku langsung tidak berhubung dengan lelaki itu lagi. Jadi aku tidak tahu apa yang apa-apa berita tentang lelaki itu.

Pintu putih dihadapan mata aku di pandang oleh aku. Aku sudah sampai di destinasi aku. Bilik ini adalah bilik latihan yang selalu aku gunakan ketika aku masih bersekolah di sini.

Tidak sangka aku bahawa lelaki itu masih lagi mahu menggunakan bilik ini walaupun sekolah ini sudah bina tenpat baharu untuk bilik latihan.

Aku menarik nafas aku melihat pintu bilik ini. Cuba mengambil semua semangat aku untuk berjumpa kembali dengan lelaki yang dulu pernah rapat dengan aku.

"Claire, you got this," monolog hati aku.

Aku mengetuk pintu itu lalu terus aku buka pintu itu. Seorang lelaki berpakaian uniform sekolah duduk di kerusi piano membelakangi diri aku.

Rambut lelaki itu kelihatan sedikit perang seperti rambut aku. Bukan dulu rambut dia hitam ke? Dia warnakan rambut dia ke?

"Aku cakap aku tak nak jumpa sesiapa hari ni. Kau keluar sekarang," suara lelaki itu lantang dipantul ke arah aku tanpa dia mengetahui diri aku.

Aura lelaki telah berubah setelah aku pindah. Dulu dia bukanlah seorang yang dingin tapi lebih kepada orang yang peramah dan suka senyum.

"Aku kata keluar!" Jerkah lelaki itu.

Aku menelan air liur aku. Bersedia diri aku untuk berhadapan dengan dirinya. Kaki aku dibuka dan terus aku jalan mendekati dia.

"Kau nak ap-" lelaki itu terhenti apabila menoleh melihat aku.

"Zale."

Nama lelaki itu disebut oleh aku membuatkan dia terkaku duduk disitu. Mata dia terbuka besar melihat aku. Mungkin dia terkejut melihat aku yang tiba-tiba ada disitu.
.
.

Flashback

"Kamu tahu apa-apa tentang Zale tak?" Tanya aku kepada budak itu.

Senyuman yang ada di muka budak itu tiba-tiba menghilang. Salah ke aku tanya pasal Zale?

"Kakak betul ke nak tahu pasal Zale."

Aku mengangguk. Nada budak itu kelihatan seperti benda yang dia nak katakan adalah benda yang tidak berapa bagus.

"Saya tak nak kakak tahu semua ni tapi saya terpaksa beritahu kakak."

Aku menelan air liur aku. Teruk sangat ke benda yang dia nak katakan tu.

"Selepas kakak pindah sekolah hari tu, Zale terus berubah. Dia dah tak nak senyum seperti dulu. 24 jam dengan muka yang serius. Dia seperti orang lain sekarang. Dia juga mula rambut dia macam warna rambut kakak. Saya tak tahu apa nak cakap,  tapi dia memang seperti orang lain. Bukan lagi Zale yang kakak kenal."

Terkejut hati aku mendengar semua itu. Betul ke tipu semua itu? Bagaimana aku nak percaya lelaki yang dulunya peramah dan suka senyum boleh berubah 360 darjah seperti itu.

Semua ni salah aku ke?

Aku mesti jumpa lelaki itu untuk memastikannya sendiri. Susah aku mahu percaya kata orang lain tanpa aku melihat dengan mata aku sendiri.

End of flashback
.
.

Mata kami berdua bertembung disitu. Keadaan yang sunyi membuat diri aku terasa janggal. Tapi aku harus mengharungi situasi itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now