cp 97

797 80 10
                                    

"Encik, kami nak-"

Bip!

Satu bunyi terhasil dari alat tekanan darah yang tadinya senyap.

Karl yang bersedih itu terus mengangkat mukanya terkejut mendengar bunyi itu. Alat itu jelas kedengaran mengeluarkan bunyi tadi. Jururawat yang ada di sebelah Karl juga turut mendengar bunyi itu membuat dia terkaku.

"Doktor..."

"Doktor! Doktor!" Panggil jururawat yang ada di sebelah Karl.

Doktor perempuan yang menguruskan Claire tadi dengan cepat datang ke arah mereka. Untung sahaja dia tidak pergi terus dari situ tadi.

Doktor itu mendekati tubuh gadis yang kian sejuk itu. Alat tadi diperiksa dan sekelip mata dia menyuruh para jururawat mengambil AED yang digunakan tadi.

Karl yang ada di situ tidak keluar tetapi berdiri di belakang doktor yang berkerja itu. Di dalam hatinya kuat mengharap Claire masih boleh di selamatkan.

"150 joules," alat itu diletakkan di dada gadis itu namun tiada kesan.

"200 joules," masih tiada kesan.

"Sekali lagi."

Bip... Bip... Bip...

Satu kejutan terjadi. Alat tekanan darah gadis itu berfungsi kembali. Bunyi mula keluar dengan kadar yang agak lemah namun itu lebih baik daripada tiada.

Doktor dan semua orang yang ada di dalam bilik itu terpegun melihat apa yang terjadi. Gadis yang tadinya difikirkan sudah tidak dapat diselamatkan terselamat pada saat akhir.

Bagi doktor itu, itulah kali pertama mengalami situasi ini. Walaupun dia pernah mendengar situasi jantung terhenti seketika namun dia tidak pernah mengalami situasi itu sebelum ini. Dan itulah kali pertama dia mengalaminya.

Doktor itu menghembus nafas lega. Alat yang ada ditangannya diberikan kepada jururawat. Kemudian dia berjalan menuju ke arah Karl yang jelas kelihatan terkejut.

"Macam mana dengan dia?" Soal Karl.

"Dia dapat diselamatkan," doktor itu tersenyum.

Karl lega dengan semua itu. Dirinya terasa sungguh beruntung kerana Claire masih dapat diselamatkan.

Itulah kali pertama dia terasa sangat gembira dalam hidupnya. Orang yang dia sayang dapat diselamatkan. Susah mahu dia mengungkapkan perasaannya pada kali itu.

Rasa seperti gembira tetapi di masa yang sama dia mahu menanggis juga. Tidak tahu apakah perasan itu.

.
.
.

Perth masuk ke hospital itu dengan membawa satu jambak bunga di tangannya. Dia berhenti di pintu bilik yang terjelas adalah bilik vip.

Nafas ditarik olehnya sebelum dia mengetuk dan membuka pintu bilik itu. Seorang lelaki yang jelas tua darinya duduk di samping katil yang terbaringnya seorang gadis dengan mata yang tertutup rapat.

Perth meneguk air liurnya sebelum datang mendekati lelaki itu. Karl yang perasan akan kehadiran Perth tersebut terus berdiri sambil memberi pandangan tajam.

"Aku hanya benarkan kau lawat dia hari ini sahaja. Lepas ni jangan harap kau boleh jumpa dia selagi dia tak buka mata," ujar Karl.

Perth yang sedikit gerun akan pandangan Karl itu menganggukkan kepalanya. Sesungguhnya ketika dia mahu menelefon lelaki itu untuk meminta kebenaran melawat Claire adalah perkara paling takut yang pernah dia lakukan.

Aura dingin lelaki itu memang menusuk Perth sehingga dia terpaksa memberanikan diri dahulu sebelum menelefon meminta kebenaran itu.

Tapi nasib sahaja dia berjaya. Kalau tidak mesti dia akan murung sepanjang hari.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now