cp 23

881 103 7
                                    

"Okay, ucapkan selamat tinggal dan terima kasih pada kakak dan abang kita ni sebelum mereka balik," ujar madam Kelly.

Semua pelajar di dalam taman itu terus mengucap selamat tinggal dan terima kasih pada aku dan kawan-kawanku. Selepas itu mereka semua terus masuk ke dalam tadika balik kecuali satu orang ini iaitu Carles.

Budak lelaki yang setinggi pinggang aku ini memeluk diri aku. Nampaknya dia sudah melekat sangat dengan aku. Sampaikan aku nak pergi pun dia tak nak lepaskan tangannya daripada memeluk aku.

Memang kelihatan comel budak ni ketika berbuat begitu. Terasa seperti sudah menjadi kakak dia pula sekarang.

"Carles, mari sini. Kakak tu nak balik sekarang," seorang pekerja tadika itu cuba memujuk Carles.

Carles menggelengkan kepalanya sambil tangannya erat memeluk pinggang ku. Aku tersenyum melihat sikapnya yang terlalu comel itu.

Perkerja tadi yang ada disitu seperti sudah nak mengaku kalah apabila Carles menolak arahannya tadi. Tak kan lah wanita itu nak guna kekerasan pula hanya untuk menarik Carles. Sudah semestinya perkara itu tak boleh.

Aku mengeluh sedikit lalu aku menunduk badan membuatkan aku sama tinggi dengan budak lelaki ini.

"Kenapa tak nak masuk dalam?" Aku mula menyoal menggunakan bahasa isyarat.

Sebenarnya Carles boleh sahaja mendengar tapi dia lebih suka bercakap menggunakan bahasa isyarat sebab itu dia bagus dalam pembelajaran walaupun dia bisu.

"Saya tak nak kakak pergi. Saya tak ada kawan."

Aku tersenyum melihat budak itu. Mesti dia sangat sukakan aku sebab aku adalah orang pertama yang dapat bercakap dengannya menggunakan bahasa isyarat.

"Macam ni, kakak janji kakak akan lawat kamu kalau kakak ada masa. Tapi sekarang kamu mesti masuk dalam dulu."

Muka budak lelaki itu menunjukkan kegembiraan. Mulutnya tersenyum sambil dia melompat.

"Janji."

"Ya, kakak janji." Kami berdua membuat janji di situ.

Setelah itu, budak lelaki itu setuju untuk masuk ke dalam mengikuti salah seorang pekerja tadika itu tadi.

Aku tersenyum melihat budak itu berjalan dengan tenang menuju ke arah tadika itu. Hilang sahaja sosok budak itu, aku terus berjalan menuju ke arah Rechel dan Ian yang bercakap dengan madam Lisa dan madam Kelly di hadapan pagar kawasan ini.

"Eh, Carles!" Tiba nama Carles disebut.

Aku terus menoleh ke belakang apabila mendengar itu. Dan sedikit terkejut aku apabila melihat budak itu berlari ke arah seperti ingin memanggil aku.

"Kenapa datang balik?" Soalku apabila budak itu sudah dihadapan aku.

Budak itu menghadiahkan aku senyuman lalu tangannya memberi aku sesuatu. Aku menundukkan badanku sekali lagi untuk melihat benda itu.

Benda itu adalah rantai kunci patung arnab berwarna putih.

"Kamu beri kakak ke?"

Budak itu megangguk.

"Kenapa?"

"Itu tanda saya dan kakak dah bertemu. Saya ada pasangan patung tu jadi satu lagi pasangan saya beri kakak sebagai kenangan kakak," jawab budak itu sambil menunjukkan  pasangan rantai kunci arnab putih itu.

Aku tersenyum lalu mengusap kepalanya. Memang comel. Rasa nak jaga pula budak ni.

"Terima kasih." Ucap aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now