cp 91

790 90 6
                                    

Elena menhentak kaki menahan amarahnya terhadap kejadian yang telah berlaku tadi. Dia dibuang oleh suaminya dan sekarang semua rancangan dia hampir hancur.

Sungguh dia tidak menyangka semua itu akan berlaku. Pada awalnya, semua rancangan yang dia buat bersama dengan William iaitu pengetua sekolah itu sudah sempurna. Tapi semua rancangan itu semakin mendapat kegagalan sejak Claire hadir di sekolah tersebut.

Elena pernah meminta William untuk membuang gadis itu tapi ditolak kerana pangkat keluarga yang gadis itu ada. Mereka tidak boleh buang gadis kalau mereka tak nak kena dengan keluarga besar gadis itu.

Awalnya Elena mendengar semua itu memang terasa sangat marah. Dia tidak tahu setelah gadis itu keluar dari rumah, dia telah memasuki keluarga Claes yang jauh lebih kuat dari keluarga Ascart.

Dia tidak dapat berbuat apa-apa dan sebab itu juga dia upah seseorang untuk ikut gadis itu dan libatkan gadis itu dalam kamalangan. Tapi semua itu sia-sia. Dia masih tak dapar hancurkan gadis itu.

Memang benci betul dia pada waktu itu. Kemarahannya semakin bertambah apabila suaminya membuang dia atas apa yang dia buat pada gadis itu.

Semuanya hancur akibat gadis itu. Jujur dia sangat sakit hati.

Situasi dia kini memang sama ketika dia di sekolah menengah dulu. Dimana semua rancangan penyamaran dia hancur disebabkan oleh angel of piano, Amelya Erwarnie.

Memang terasa dejavu. Bermula dia lari dari kesalahan dia yang lepas, dia mula cari jalan yang baru untuk mendapatkan hidup yang selesa.

Dan semua itu tercapai apabila dia dapat mengoda Darren. Dia tahu lelaki itu sudah beristeri tapi dia masih juga mahu mencuba dan tidak sangka dia berjaya. Malah dia berjaya menghasut fikiran lelaki itu dengan mudah.

Selepas dari kejadian dia mula cuba mendapat yang lain pula seperti apa yang Rania dapat. Dia tidak suka lihat orang lain lebih dari dia dan sebab itu dia sanggup merancang kematian Rania demi apa yang dia mahu.

Apabila pergi pula Rania, dia mahu anak perempuan itu, Claire turut menyertai Rania pergi. Dia cuba untuk membunuh gadis itu tetapi entah bagaimana gadis itu hidup kembali dan muncul di hadapannya.

Malang sungguh nasibnya pada waktu itu. Dan sekarang bertambah malang apabila suaminya mahu menceraikan perkahwinan mereka.

Rambut yang lurus itu kelihatan serabut akibat dia mengusutkannya tadi. Bilik hotel tempat dia tinggal untuk sementara waktu itu kelihatan sungguh berselerak dengan barangan yang dia sepahkan tadi. Dia cuba melepaskan marahnya disitu.

Telefon pintar yang ada ditangan dipandang olehnya. Dan tiba satu pesanan masuk ke dalam peti pesanan dia.

Pesanan itu datang dari Willian yang menyuruh wanita itu datang ke sekolah sekarang. Wanita itu membaca dan terus keluar dari hotel itu pergi sekolah.

Seperti yang dijangka, sekolah itu sunyi kerana semua pelajar sedang cuti semesta. Elena masuk ke dalam sekolah itu dan terus kakinya melangkah pergi ke bilik pengetua.

Daun pintu dihempas olehnya membuat lelaki di dalam bilik itu terkejut.

"Aku nak plan kita start sekarang," arah wanita itu tiba-tiba.

Meja kerja di dalam bilik itu dihentak kuat sehingga bergegar meja tersebut. William yang ada di dalam bilik itu juga terkejut dengan wanita itu. Dia yang panggil datang ke situ, dia juga yang terkejut.

"Kau dengar tak apa yang aku kata!"

"Dengar, sebab tu juga aku panggil kau datang sini. Kita ada masalah sikit," balas lelaki itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now