cp 63

807 93 2
                                    

Claire tersenyum seorang diri selepas menghantar pesanan tadi pada Maria. Karl yang ada disebelah dia pula hanya mengendahkan adik angkatnya itu. Dia tahu bahawa Claire sudah banyak berubah sejak kejadian itu.

Tapi dia tidak kisah kerana baginya personaliti Claire kini lebih bagus dari yang dulu. Kalau dulu Claire jenis perempuan yang baik dan senang diperdaya tapi kini bukan. Dia umpama pedang yang hauskan darah. Dia tidak boleh dibawa main kalau tak nak mati ditangannya.

"Kau berapa lama nak berdiri sini?" Soal Claire sambil memandang Karl. Satu kelas itu sudah kecoh dengan kedatangan Karl yang secara tiba-tiba tadi.

"Ikut aku jap," kata Karl lalu terus menarik tangan Claire keluar dari kelas itu. Claire tidak melawan kerana dia tahu tidak akan menang.

Karl menarik dirinya pergi satu koridor yang senyap dan tidak ada orang. Dia tidak mahu percakapan mereka berdua didengari oleh orang lain.

"Kau ke yang buat kecoh dekat website sekolah tu?" Soal Karl.

"Kenapa? Marah."

"Buat apa yang nak marah. Benda biasa," balas Karl dengan nada yang tidak terkejut langsung.

Claire rahu bahawa Karl tidak akan marah padanya kerana Karl pun pernah buat seperti itu dahulu. Jadi dia tidak akan marah dengan Claire walaupun dia adalah presiden ketua pelajar. Malah dia mungkin akan menyokong Claire berbuat begitu.

"Lepas ni kau nak buat apa?"

Claire menyandar di tingkap yang ada di koridor itu. Mata dia memandang ke atas seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Hmm... Buat dia rasa menyesal."

Senyum senin kelihatan di muka gadis itu. Sekepalanya kini masih lagi berfikir hendak buat apa lagi pada perempuan tadi. Bagi dia, dia belum rasa puas dengan apa yang telah dia buat tadi.

Karl yang ada di hadapan gadis itu hanya menatap muka Claire dengan raut wajah yang serius. Tidak tahu hendak katakan apa lagi. Claire sudah seperti antagonis dalam sesebuah cerita. Tapi dia sukakan semua itu.

Claire yang menyandar tadi menjeling ke luar tingkap dibelakangnya. Kelihatan sebuah kereta yang agak mahal masuk ke sekolah itu melalui pagar utama.

"Kau ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" Soal Claire.

Dia tahu kereta yang masuk tadi adalah kereta milik keluarganya. Dan kereta itu mesti mengambil Karl untuk dibawa keluar sekolah.

"Aku nak pergi tolong kau buat perempuan tadi menyesal," ujar Karl lalu dia membuka langkah pergi dari situ.

Claire hanya tersenyum seorang diri apabila mendengar kata itu. Dia tahu pasti Karl akan menolongnya selepas dia menerima tawaran Karl pada hari sebelum ini.

Siapa tidak kenal Karl itu?

Pewaris ketua keluarga Claes yang boleh dikatakan kejam juga. Kalau encik Louise dapat buat 3 keluarga besar runtuh apatah lagi anaknya itu. Sekali petik hancur satu keluarga.

Claire melihat kelibat Karl yang berjalan masuk ke dalam kereta itu. Sempat mata mereka berdua bertembung.

Selepas beberapa minit kereta itu berhenti, akhir kereta itu bergerak juga. Keluar sahaja kereta itu dari perkarangan sekolah, terus Claire berjalan balik menuju ke kelasnya.

Tapi sebelum itu sempat dia mengeluarkan telefonnya dan menekan laman web sekolah. Satu video dari telefonnya diambil lalu dia menghantarkannya di dalam laman web itu. Tergelak kecil gadis itu melihat video itu yang sudah selesai dihantar tersebut.

"Game kita akan bermula, Maria."
.
.
.

"Wey, macam mana tadi?" Soal Leyna kepada Maria yang baru sahaja keluar dari bilik ketua pelajar.

Tears of Melody [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora