cp 53

851 90 0
                                    

"Kamu sudah habis makan, Claire?" Tanya wanita dihadapannya.

Claire tersenyum lalu mengangguk kepalanya. Kemudian dia terus berjalan keluar dari ruang makan itu dengan muka yang sedikit suram.

Wanita tadi memandang anaknya yang kelihatan sungguh tidak bermaya itu. Risau hatinya sekiranya ada apa-apa jadi anak perempuannya itu.

"Kenapa dengan Claire tu?" Soalnya sendiri di meja makan itu.

Suaminya yang ada di sebelahnya terdengar soalan itu. Dia berfikir patut ke dia beritahu hal sebenar tentang kisah siang tadi.

"Dear, sebenarnya siang tadi Darren ada datang rumah ni," encik Louis memutuskan mahu menceritakan hal itu.

Isterinya menoleh ke arah lelaki itu dengan muka yang terkejut. Dia kenal sangat siapa Darren itu.

"Kenapa dia datang?"

"Dia nak tahu kisah kemalangan Claire dulu,"

"Awak beritahu ke?"

"Saya hanya beritahu dia yang kemalangan itu ada kena-mengena dengan kamalangan Rania."

Isterinya mengeluh dengan apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Bukankah dahulu dia sendiri hendak tutup kes itu tapi kini dia pula yang memberitahu orang maklumat kes itu.

Nasib sahaja hanya itu yang dia beritahu. Kalau tak mesti susah nak ditutup lagi.

"Kalau awak beritahu dia pasal tu, jadi kenapa Claire macam tu? Dia tidak tahu kan, yang awak beritahu hal tu."

"Tu sebab dia sempat jumpa Darren waktu Darren mahu keluar dari rumah ini," jelas encik Louis.

Kini barulah wanita itu faham kenapa anaknya jadi sebegitu. Dia tahu walaupun luaran anaknya kelihatan baik tapi dalamnya mungkin dia sudah tidak dan hancur.

Apatah lagi apabila bertemu kembali dengan Darren itu. Mungkin sudah berkecai dinding kekuatan Claire itu.

Bagi dia, Claire itu sama sahaja seperti cinta pertama suaminya dahulu, Rania. Mereka berdua sama-sama nampak kuat tapi kenyataannya mereka sangat lemah. Lemah dengan hanya satu kejadian.

Rania lemah apabila dia mengetahui bahawa Darren menduakannya sehingga wanita itu meninggal dalam kemalangan. Manakala Claire pula lemah apabila keluarga dia membuang dia hanya sebab kekurangan yang hadir pada dirinya.

Memang sakit untuk menghadapi semua dugaan itu. Apatah lagi mereka berdua menghadapinya seoa
rang diri tanpa seseorang untuk memberi sokongan.

"Harap saja dia tidak terlalu memikirkan hal tadi," ujar akhir encik Louis.

.
.
.
.
.

Aku turun dari kereta bersama dengan keluarga ku. Hari ini entah kenapa ibu bapa aku mengatakan ingin pergi ke tamat tema ini. Mereka kata mahu meluangkan masa bersama selama aku dan Karl masih ada di sini. Aku pun tanpa banyak cakap hanya ikut sahaja.

Aku yang memakai baju seluar jeans dan baju berwarna coklat itu berdiri di dalam kalangan orang yang sebuk bersuka ria di dalam taman tema itu.

Aku sebenarnya tidak suka tempat yang terlalu banyak sangat orang tetapi aku tidak boleh tolak permintaan ibu bapa angkat aku itu. Takut nanti terasa pula mereka.

"Karl, Claire. Kamu berdua nak pergi sini tak?" Soal ibuku.

Aku menoleh ke arah wanita yang sedang melihat peta taman tema itu. Dia menunjukkan satu tempat di taman tema itu.

"Boleh juga kalau mummy mahu," tiba Karl menjawab.

Wanita itu tersenyum ke arah anak lelakinya lalu dia memandang ke arah aku. Aku hanya tersenyum menandakan bahawa aku hanya ikut sahaja.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now