Epilog

1K 83 2
                                    

Beberapa tahun kemudian
.
.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam sebuah bagunan sekolah yang sudah lama aku tidak jengguk.

Terasa nostalgia sungguh melihat bagunan ini. Berapa lama agaknya aku tidak datang ke sini. Sejak aku tamat belajar dari sekolah ini aku langsung tidak melihat sekolah ini lagi.

Aku terlalu sebuk dengan pengajian aku yanh seterusnya membuat aku tidak ada masa melawat kawasan ini.

Dan kali ini adalah pertama kali aku melihat sekolah ini. Bukan sebagai pelawat tetapi sebagai pemilik sekolah ini.

Ya, hari ini adalah hari dimana sekolah ini akan bertukar milik menjadi milik aku.

Aku akan bertugas sebagai pengetua sekolah ini dan juga pihak atasan Erwa Academy.

Itulah kerja aku setelah selesai pengajian aku.

Pintu bilik pengetua sekolah ini dibuka oleh aku. Kelihatan kawasan bilik ini yang kosong tanpa penghuni tetapi semua dokumen yang dahulu tersimpan lengkap di almari.

Bilik ini adalah tempat dimana semua perbuatan jahat Elena terbongkar. Dan bilik ini langsung tidak berubah sejak kejadian itu.

Kesan calar daripada kejadian beberapa tahun lepas di meja ini pun masih kelihatan.

Tak tahulah nak kata apa. Nak kata bilik inj dijaga baik tak juga. Nak kata tak dijaga pun tak boleh.

Kaki aku seterusnya melangkah menuju ke arah meja pengetua. Mejanya kemas tanpa ada satu pun kotoran.

Tingkap yang ada dibelakang aku ditatap oleh aku. Dari tingkap itu aku dapat lihat pintu masuk sekolah ini.

Jadi setiap pagi dan waktu balik memang aku akan dapat lihat kemasukan dan keluarnya pelajar.

Tok! Tok!

"Pelawat nak berjumpa," aku terus menoleh ke arah pintu masuk.

Tersenyum aku melihat Karl yang berdiri menyandar di tepi pintu itu.

"Siapa nak berjumpa?" Soal aku dengan nada bergurau.

"Your husband."

Tergelak kecil aku mendengar jawapan Karl itu.

Itulah Karl. Suami aku yang sah. Masuk hari ini sudah setahun perkahwinan kami berdua.

Bagi aku dia adalah suami terbaik. Peragai dia yang dulu suka memaksa sudah berubah. Malah menjadi seorang yang sangat lemah lembut pada isterinya iaitu aku.

Aku pun tak sangka dia boleh berubah sebegitu sekali. Dia bukan lagi Karl yang dahulu dan aku sukakan perubahan dia yang baru ini.

"Today is our anniversary. Masih nak berkerja ke?"

Aku hanya tersenyum mendengar soalan itu. Memang betul hari ini adalah hari ulang tahun pernikahan kami dan sekarang aku bukannya kerja.

"Mana ada kerja, cuba nak tengok tempat ni jer."

Aku tersenyum nipis melihat tempat ini. Inilah ruang kerja aku nanti.

Tidak sangka aku sudah bertahun-tahun sejak kejadian itu. Banyak yang telah berlaku.

Dari aku pindah ke sini, sehinggalah hari di mana aku berjumpa kembali dengan ibu yang aku fikirkan sudah pergi.

Aku amat bersyukur kerana diberikan peluang sebegini. Jikalau aku tidak datang ke sini mungkin hidup aku masih dalam dilema yang tidak diungkap.

Aku juga berterima kasih pada kawan-kawan aku, Ian dan Rechel sebab telah beri aku makna kawan sebenar.

Apa jadi pada mereka sekarang?

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now