cp 57

764 90 1
                                    

Aku keluar dari bas yang menghantar aku ke sekolah ini. Bangunan yang tak berapa tinggi di hadapan aku terasa sungguh nostalgia.

Sudah berapa lama agaknya aku tak ke sekolah ini? 6 bulan agaknya.

Penat juga duduk di dalam bas itu selama hampir 6 jam. Disebabkan sekolah aku tidak mahu menggunakan kapal terbang, jadi cara lain untuk pergi adalah menggunakan bas khas yang disediakan.

Aku merenggangkan sedikit tangan aku yang terasa sedikit sakit. Kemudian aku cuba mengatur mask hitam yang digunakan oleh aku untuk menutup muka.

Jangan tanya mana aku dapat mask ni.

Aku rembat dari Karl. Malas aku nak beli yang baru. Jadi aku rembat sajalah.

Lagipun aku hanya menggunakan mask ini untuk menutup muka aku daripada terlihat oleh pelajar sekolah ini. Kalau mereka tahu aku datang, kecoh sekolah ni nanti.

Dan yang lebih teruk bila berita aku datang sampai ke telinga pelajar kelas aku dulu. Mesti mereka akan datang pada aku.

"Kau dah kenapa pakai mask bagai? Perasan artis," Rechel menegur aku.

"Aku sakit," balas aku lalu membuka langkah menuju ke arah kumpulan pelajar dihadapan aku. Rechel pun tanpa banyak tanya hanya mengikuti aku.

Aku melihat cikgu yang mengiring pada program kali ini iaitu cikgu Lisa. Dia kelihatan sedang mengira pelajar yang sudah datang.

Semua pelajar di sini kelihatan teruja melihat sekolah ini tapi tidak bagi aku. Aku sudah bosan melihat sekolah ini.

Sekolah yang boleh dikatakan 2 kali ganda besar sekolah biasa ini sekarang kelihatan sungguh riuh rendah dengan kehadiran para pelajar dari sekolah lain.

Bukan sahaja dari sekolah aku, malah ada juga pelajar dari sekolah biasa dan sekolah yang bukan sekolah muzik. Mungkin sebab program yang diadakan ini hanya diadakan sekali setahun jadi mereka mengambil peluang untuk melawat ke sini.

Apatah lagi program ini sangat terkenal sampaikan pernah masuk ke dalam televisyen. Kuasa promosi sekolah ini memang kuat.

"Ini kunci bilik kamu semua. Satu bilik 2 orang. Boleh pilih siapa sahaja pasangan kamu," bicara cikgu Lisa memberhentikan lamunan aku.

Cikgu berjalan memberikan kunci itu kepada pelajar yang ada. Sesampai sahaja dia di barisan paling belakang iaitu barisan aku, dia memberikan kunci tersebut pada Rechel.

Kemudian dia memberikan aku satu lagi kunci. Aku memandang hairan ke arah cikgu itu. Bukankah satu bilik 2 orang jadi kenapa dia beri aku kunci ni. Aku kan boleh sebilik dengan Rechel.

"Ini bilik khas untuk kamu," ujarnya sambil tersenyum.

Aku rasa aku faham maksud cikgu ini. Mungkin ini semua ada kena-mengena dengan Karl. Dia kan selalu merancang sesuatu tanpa memberitahu aku.

Aku mengambil kunci itu dan mengucapkan terima kasih. Mata Rechel tertumpu pada aku. Dia mungkin terdengar perbualan aku dan cikgu tadi.

"Wey, kenapa kau dapat bilik khas?" Soal Rechel.

"Tanya cikgu," balas aku lalu menarik beg bagasi aku pergi ke bilik yang diberitahu oleh cikgu tadi.

Tidak lupa dengan beg violin aku. Sampai kini aku tak faham kenapa aku mesti membawa alat muzik ini. Tapi cikgu suruh bawa, aku bawa sahajalah. Mana tahu ada apa-apa nanti.

Aku berjalan di koridor bagunan asrama ini. Walaupun disebut asrama tapi bagunan ini mengalahkan hotel. Reka bentuk dia sangat cantik dan kreatif. Kalau pertama kali datang sini mesti orang akan fikir ini adalah hotel berbanding dengan asrama tetamu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now