cp 81

747 88 4
                                    

"Perth!"

Satu suara yang amat aku kenali kedengaran dari arah belakang aku.

Suara itu amat aku kenali.

Suara yang menyebabkan semua benda ini berlaku.

Penyebab hidup aku hancur.

Aku tidak berani melihat muka pemilik suara itu. Takut menyelubungi diri aku.

Kenapa aku takut? Bukankah aku sudah bersedia untuk menghadapi semua ini.

Tapi kenapa diri ini terasa takut dan lemah. Hanya suara itu melemahkan diri aku.

"Kenapa mama ada dekat sini?" Soal Perth berjalan melimpasi diri aku.

Aku ditinggalkan sendiri di situ. Kenapa aku mesti berjumpa wanita itu disini?

"Mama ada meeting dengan pengetua," jawab wanita itu.

Aku yang ada disitu siak tidak terkata. Aku tidak berani menunjukkan muka aku mahupun melihat muka wanita itu.

"Siapa tu?" Aku dapat rasakan dia menujukan soalan itu kearah aku.

Takut.

Sungguh takut.

Aku mahu lari.

Aku tidak suka perempuan itu. Dia penyebab Rania mati dan kemalangan aku 15 tahun lepas.

Aku menarik nafas aku. Aku mesti menempuhi semua ini. Sudah jadi takdir aku bertemu dengan wanita ini.

"Dia-"

"Selamat pagi, puan Elena Kaira." Tegur aku memotong ayat Perth.

Senyuman terpaksa aku berikan kepada wanita itu. Manakala wanita itu pula menunjuk wajah yang terkejut.

Seingat aku dia sudah tahu aku sekolah sini, jadi kenapa dia nak terkejut pula. Ke dia ni berlakon sahaja terkejut? Sedangkan dulu dia pernah cuba bunuh aku.

"Sudah lama saya tak jumpa puan. Puan apa khabar? Baik," aku cuba berbaik dengannya.

Tapi kenyataannya aku langsung tidak mahu berbaik pada wanita ini. Malah bercakap sahaja aku tidak mahu. Kalau boleh aku tak nak jumpa pun.

"Baik, lepas kau keluar dari keluarga ni," senyum senin dihadiahkan kepada aku.

Sakit jugalah hati aku bila dikatakan begitu. Tak sangkakan ibu sendiri mengatakan ayat itu pada anaknya.

"Tak sangka pula aku yang kau sekolah sini. Kenapa sekolah sini? Nak dapat simpati Perth supaya kau boleh balik ke keluarga ni balik," wanita itu berjalan mendekati aku.

Aku menelan air liur aku tanda aku sedikit takut. Tapi aku harus lawan. Aku tak nak jadi lemah lagi. Itu janji aku.

"Buat pengetahuan puan, saya rasa bersyukur sangat dapat keluarga lari keluarga tu. Saya dapat lari dari semua kerja bodoh keluarga tu. And also, saya tak perlukan simpati Perth sebab saya sudah ada keluarga sendiri yang lebih simpati akan diri saya dari dia," jawab aku berani.

Wanita itu kelihatan tersentak sedikit. Manakala Perth di belakangnya hanya berdiri kaku melihat pergaduhan mulut ini.

"Aku tak pernah ada anak macam kau. Kau tak patut hidup dari awal."

Jadi sekarang dia sudah tak nak mengaku ibu aku lagi lah. Memang patut pun. Aku pun tak nak mengaku perempuan yang sudah membunuh orang yang paling aku sayang itu ibu aku.

Dia tak layak.

Sungguh tidak layak.

"Mama!" Perth menjerkah mendengar wanita itu berkata seperti itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now