cp 111

767 73 1
                                    

Satu taman yang sungguh indah memukau hati aku. Tumbuhan di sini seperti menyanyi keseronokkan apabila ditimpa cahaya matahari yang cerah.

Langit membiru tenang di sana. Tidak ada awan mendung menutupi bumi ini. Keadaan ini sangat membuka hati aku.

Sungguh tenang dan tidak kesengsaraan. Tapi di mana ini? Bagaimana aku boleh ke sini?

Sejak aku membuka mata, aku sudah berada di sini. Tempat ini memang tenang namun aku tidak pasti adakah tempat ini selamat.

Kaki aku membuka langkah menginjak tanah. Satu kawasan itu ditenung oleh aku. Terdapat sangat banyak tumbuhan yang hidup segar.

Tempat ini seperti taman bunga. Semua bunga yang ada di sini seperti hidup dengan penuh ceria. Seperti ada orang yang menjaga semua tumbuhan di sini.

Kaki aku berhenti melangkah di sebuah tangga yang seperti munuju ke atas bukit. Aku menaiki tangga itu.

Sesampai aku di atas bukit, aku memusingkan badan aku. Dari sini aku dapat lihat seluruh kawasan tamab ini. Memang luas dan penuh dengan tumbuhan yang hidup segar.

Agaknya tempat ini boleh jadi seperti ini angkara siapa? Ingin juga diri ini mengetahui semua itu.

Seterusnya, kaki aku melangkah ke sebatang pokok yang sangat besar di atas bukit ini. Mungkin pokok ini adalah pokok paling besar di sini.

Tangan aku menyentuh dahan pokok tersebut. Terasa rendup sahaja berada di bawah lindungan pokok ini. Cahaya matahari tidak dapat memancar terus ke aku akibat lindungan daun yang lebat tumbuh di dahan-dahan pokok besar tersebut.

"Claire..." satu suara lembut memanggil nama aku.

Aku menoleh kepala aku ke belakang. Tiba angin bertiup menerbangkan rambut aku sekali dengan hati aku yang terkejut besar. Seorang wanita cantik berambut perang berbaju putih berdiri sambil tersenyum ke arah aku.

Wanita itu membuka langkah menuju ke arah ku. Aku sangat kenal wanita ini. Dan aku mula ingat ini adalah tempat aku pernah berjumpanya sekali.

"Ra..."

"Claire, kamu apa khabar?" Soal lembut wanita itu.

"Mama!" Aku terus memeluknya.

Sesungguhnya aku sangat merindui wanita ini. Aku tidak sangka dapat berjumpa dengannya setelah kemalangan itu.

Aku tidak kisah sama ada ini adalah imajinasi aku tetapi aku memang sangat merinduinya. Aku amat memerlukan dia di sisi ku.

"Kenapa dengan anak mama ni? Rindu mama ke?" Wanita itu mengusap lembut kepala aku.

Aku mengangguk perlahan dalam pelukan tersebut. Mata aku terasa basah menahan air mata daripada terkeluar.

"Kamu tahu kenapa kamu ada dekat sini?" Aku melepaskan pelukan apabila disoal begitu.

Aku menggelengkan kepala. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh di sini, apatah lagi tujuan aku ke sini.

Apa yang aku tahu hanyalah aku dapat berjumpa dengan wanita apabila aku berada di sini.

Wanita itu tersenyum. Senyuman itu terasa sangat menenangkan.

"Mama tahu, hati kamu mesti tertanya kenapa kamu boleh lupa semua ingatan kamu kan," aku diam tidak menjawab apabila dikatakan begitu.

Memang betul aku tertanya akan hal itu. Tapi cuba sorokkan semua itu kerana aku berasa malu melupakan memori tersebut.

"Kamu tahu cerita A Tale Of Thousand Stars?"

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now