cp 101

779 72 0
                                    

Aku mengemas semua barangan aku. Hari ini aku sudah boleh dibenarkan keluar dari tempat ini. Setelah hampir sebulan aku duduk di sini, akhirnya aku sudah boleh menjalani hidup seperti dahulu.

Kaki aku pun sudah mula membaik dan boleh berjalan. Semuanya sudah membaik kecuali jantung aku.

Karl pernah mengatakan bahawa aku ada penyakit jantung jadi ianya sukar untuk membaik ketika aku terkena kemalangan.

"Semua sudah siap?" Karl menyoal kepada aku.

Aku mengangguk lalu menghulurkan beg yang tersimpan barangan aku.

"Dah jom pergi," arahnya.

"Kejap, aku ambil telefon aku dahulu." Aku berlari anak pergi ke almari di tepi katil bilik ini.

Telefon pintar baharu pemberian ibu bapa aku diambil. Kalau telefon lama aku tidak rosak akibat kemalangan hari tu mungkin aku masih lagi menggunakannya.

Semasa aku mengambil telefon ini, tiba-tiba ada satu cahaya kecil menyilaukan mata kau. Aku mencari arah cahaya itu dan rupanya ianya datang dari satu rantai bercincin berwarna perak.

Rantai itu diambil lalu aku perhatikan dengan lebih dekat. Siapa punya rantai ni?

Seingat aku Karl tak pernah guna rantai ni. Tak kan milik orang lain pula. Bilik ni aku sorang sahaja ada, jadi siapa punya ini?

"Sudah ke? Cepatlah sikit," jerit Karl yang menunggu.

"Ya, kejap!" Aku menyimpan rantai tadi ke dalam poket dan terus berlari anak menuju ke arah Karl.

.
.
.
.
.

Encik Louis memasuki satu restoran yang agak mewah. Mata dia liar mencari orang yang ingin menjumpainya kini.

Satu tangan melambai ke arah encik Louis membuat dia tahu di mana orang yang ingin ia jumpai itu.

Kaki dia laju melangkah ke arah meja di hujung restoran itu. Punggung dilabuhkan di kerusi hadapan dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya.

"Kau straight to the point je. Apa tujuan kau nak jumpa aku?" Soal encik Louis kepada lelaki itu.

Lelaki itu menghela nafas panjang. Memang susah mahu bercakap dengan encik Luois itu.

"Bagi aku jumpa anak aku, Claire."

Encik Luois mengangkat matanya melihat lelaki itu ataupun encik Darren. Matanya tajam menatap lelaki itu.

"Tak boleh," pendek jawapan encik Louis.

"Kenapa pula? Dia anak aku. Aku ada hak nak jumpa dia," bangkang encik Darren.

"Tu dulu, sekarang tak. Aku tak nak dia ingat memori sakit dia dulu," tegas lelaki itu.

Encik Darren mengetap bibirnya. Dia tidak boleh biarkan semua itu terjadi. Kalau Claire tidak ingat akan dirinya bermaksud dia tidak boleh lunaskan maafnya.

Pada waktu Claire sedar dahulu pun dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan gadis itu. Semua itu adalah rancangan lelaki di hadapannya supaya Claire tidak tahu akan dirinya.

Tapi kalau sudah lama juga, encik Darren juga tidak dapat menanti lagi. Dia mahu berjumpa dengan Claire.

"Tak kan kau tak nak dia tak ingat apa-apa pasal keluarga lama dia?" Encik Darren cuba memujuk.

"Memang pun. Tak ada guna dia ingat memori menyakitkan tu," tersentak encik Darren.

Memang betul memori itu sakit tapi bukankah tidak adil menyorokkan hal itu. Claire mesti tahu pasal keluarga sebenarnya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now