cp 61

773 92 0
                                    

Claire berjalan seoarang diri koridor sekolah itu. Dulunya dia selalu berjalan dari asaramanya bersama dengan maria dan rakan-rakannya. Tapi kini tidak lagi. Dia sudah dikhianati.

Rasa berjalan seorang diri itu memang sunyi. Apatah lagi buat seseorang seperti Claire.

Semalam dia habiskan masanya hanya untuk menanggis seoarang diri. Karl yang ada bersama dengannya semalam pun tidak dapat hentikan tanggisan itu.

Dia sedih kerana dikhianati. Orang yang sangat dia percaya telah mengkhianatinya. Dan atas semua itu sifat dendam di hatinya sudah mula tertanam.

Dia akan menbalas semua yang telah dia dapat. Dia sudah letih dianggap lemah oleh orang lain.

Claire berjalan menuju ke kelasnya. Pintu kelas dibuka dan terus semua mata kelas itu memandang ke arah gadis itu.

Dia menghiraukan tatapan itu lalu terus berjalan ke mejanya. Sesampai disana, mata dia terbuka besar apabila melihat keadaan mejanya.

Penuh dengan contengan daripada maker. Pelbagai perkataan kasar dan tak senonoh ditulis di atas meja itu. Dia cuba mengelap contengan itu menggunakan tangannya namun hampa kerana maker yang digunakan itu sudah kering di mejanya.

Dia redha dengan keadaan itu dan hanya terus duduk disana. Gadis itu angkara siapa. Dia dapat dengar suara gelak tawa daripada orng yang melakukan kerja itu. Tapi dia endahkan sahaja.

Setelah dia meletakkan begnya di kerusi itu, dia berdiri balik dan pergi ke lokernya yang terletak di belakang kelas.

Dia membuka lokernya lalu keluar semua bau busuk dari dalam loketnya. Dia terkejut melihat keadaan lokernya yang penuh dengan sampah dan air yang membuat semua bukunya basah.

Loker itu sungguh berbau sehingga dia sendiri tidak tahan. Buku teksnya yang ada di dalam loker itu basah habis dan sudah tidak dapat diselamatkan. Memang hebat pelaku yang membuat semua itu.

Claire menggenggam tangannya lalu menghempas pintu lokernya itu. Kaki dibuka langkah menuju ke arah Maria.

Kerusi Maria ditarik lalu dia menarik baju perempuan itu dan menampar mukanya. Sudah hilang sabarnya pada waktu itu.

"Kau ingat apa yang kau buat ni, kau akan dapat balasan yang lebih teruk," amaran Claire dengan nada marah.

"Kau nak buat apa? Ugut aku. Kau kena ingat dekat sekolah ni aku berkuasa. Aku boleh je buat semua orang buli kau dekat sekolah ni," sedikit pun perempuan itu tidak takut.

Claire memandang tajam perempuan itu lalu di melepaskan tangannya. Dia terus keluar dari kelas itu dan menghiraukan senua orang.

Satu kelas itu senyap apabila melihat Claire seorang perempuan yang lembut dan baik hati itu boleh buat Maria seperti itu. Gadis itu umpama orang lain sekarang.

"Wey, kau tak rasa kau dah melebih ke?" Soal Grace.

Maria tetawa mendengar kata itu lalu tersenyum senin.

"Apa yang lebihnya? Dia memang patut kena semua tu dari dulu lagi."

"Tapi Claire tu datang dari keluarga Claes. Keluarga kuat tu. Kalau abang dia tahu semua ni, nahas kau," nasihat Leyna pula.

"Kau fikir aku takut. Tak okay!"

Maria memandang ke arah pintu keluar yang terbuka luas itu. Memang puas hatinya bila dapat buat semua itu. Dari dulu lagi dua sudah membenci Claire tapi dia terpaksa simpan sahaja.

Sementara itu di bahagian Claire pula, gadis itu duduk di perpustakaan sekolah itu. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu dia menaip sesuatu.

Dia sudah tidak dapat tahan semua itu. Dan dia juga sudah tidak kisah apa yang jadi pada perempuan itu lagi. Yang penting dia tak nak lihat perempuan itu hidup senang lagi.

Tears of Melody [✔️]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora