cp 102

717 72 0
                                    

"Claire!" Satu suara mengejutkan aku dari lamunan aku.

Aku menoleh ke arah kanan aku dan kelihatan Rechel dan Ian yang datang. Di tangan mereka terdapat beberapa bungkus roti. Mungkin mereka baru pulang dari kantin.

"Kau apahal temenung ni?" Soal Rechel.

"Tak ada apa-apa," balas aku lalu menutup buku teks yang aku baca tadi.

Air kotak yang aku bawa bersama tadi dibuka oleh aku untuk diminum. Kepala aku kini banyak memikir hal yang terjadi.

Aku tak tahu tapi entah kenapa ada benda yang Karl sorokkan dari aku. Biasanya Karl bukan jenis yang penyebuk nak hantar dan ambil aku dari sekolah tapi sejak aku kemalangan dia mula berubah.

Bila aku tanya kenapa, mesti dia tidak akan jawab. Ada sahaja alasan yang terungkap.

Aku sebenarnya masih tidak tahu penyebab aku kemalangan pada bulan lepas. Apa yang ingat adalah aku dilanggar oleh kereta. Sebab aku kena langgar pula aku tidak dapat mengingatinya.

Memang aku rasa ada benda yang Karl sorokkan dari aku. Kalau tak, mana mungkin dia akan berkelakuan seperti itu.

"Korang, aku nak tanya korang satu soalan boleh?"

"Apa dia?" Rechel mengangkat muka.

"Macam mana aku boleh kemalangan?"

"Kau kena langgar kereta," balasnya.

"Aku tahu lah tu, tapi apa sebab aku kena langgar kereta?"

"Kau cuba se-" tiba mulut Rechel disumbat roti oleh Ian.

Aku memandang pelik ke arah lelaki itu. Tiba-tiba jer nak sumbat mulut gadis itu dengan roti.

"Eh, sorry. Tak sangka kotor pula mulut kau. Mari sini aku teman cuci," terus lelaki itu menarik tangan perempuan di hadapan aku.

Mereka meninggalkan aku yang masih binggung dengan perlakukan pelik Ian tadi.

Kenapa dengan dua orang tu?
.
.
.
.
.

Ian menarik tangan Rechel pergi ke satu tempat yang kosong tidak berpenghuni. Rechel yang tidak tahu apa-apa itu hanya ikut sahaja langkah lelaki itu.

"Ian, kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soal Rechel memberhentikan langkah Ian.

Ian monoleh ke arah Rechel lalu menghulurkan tisu poket miliknya.

"Sorry, terpaksa buat macam tu tadi," ucap Ian.

"Tak pa, tapi kenapa kau buat macam tu?" Rechel menyoal sambil mengelap mulutnya menggunakan tisu tadi.

"Aku sebenarnya tak nak Claire tahu sebab kemalangan dia. Jadi boleh tak kau rahsiakan," Rechel memandang pelik ke arah kawannya itu.

"Kenapa pula? Itu kan hak dia nak tahu."

"Ya, aku tahu. Aku pun tak nak sorokkan benda ni dari dia, tapi ini semua arahan orang itu."

"Orang tu? Maksud kau, Karl."

Ian mengangguk kepala.

"Dia arah aku jangan beritahu Claire pasal kemalangan dia dulu kalau Claire tanya. Aku tak boleh tolak, jadi terpaksalah aku ikut," Ian menceritakan kejadian hari itu.

Sesungguhnya dia sendiri terkejut bila Karl berjumpa dan mengarahkannya supaya jangan memberitahu Claire akan hal itu.

Lelaki itu juga mengarahkannya supaya menghidarkan Claire daripada bertemu dengan Perth. Ian tak tahu apa motif semua itu tetapi dia harus ikut demi membalas budi lelaki yang telah menyelamatkan sekolah ini.

Tears of Melody [✔️]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt