cp 80

773 90 6
                                    

Sudah sebulan sejak kejadian aku bersama Perth hari itu. Dan kini tibalah masa untuk ujian semesta dua sekolah ini.

Seperti biasa aku akan mempersembahkan permainan aku di hadapan guru bersama dengan Carol seperti ujian lepas.

Kami berdua sudah berlatih 2 minggu awal sebelum ujian dan kini kami sudah sedia.

Aku bersama sangat yakin bahawa kali ini Carol tidak akan mengkhianati aku kerana dia mungkin sudah belajar dari kesilapan lamanya.

Apatah lagi sekarang dia sudah semakin terkenal atas sebab sikapnya yang berubah secara tiba-tiba. Dari seorang yang lemah dan senang dibuli pergi ke seorang yang kuat dan susah hendak dibuli. Siapa yang buli dia memang dapatlah orang itu.

"Kau dah sedia ke esok?" Rechel menyoal aku.

Aku menoleh ke arahnya yang sedang memegang violin itu. Ian pula sebuk memerhati buku not dihadapannya.

"Dah, kau pula? Tanya orang jer tahu. Dah lah practice last minute. Dapat selamat ke?"

"Of course lah dapat. Ini Rechel okay," jawabnya dengan bangga.

"Kalau aku tak tolong kau berlatih, tak da lah dapat."

Perempuan itu tersenyum malu. Memang betul pun dia berlatih di masa akhir ini kerana salahnya yang tidak ingat akan ujian esok.

Kalau aku tak beritahu dia semalam ada kemungkinan juga dia memang tak berlatih langsung. Tak fahamlah dengan perempuan ni. Ujian pun boleh lupa.

Aku mengeluh di situ. Mata aku kembali melihat telefon aku. Terfikir pula tentang kejadian bulan lepas. Entah apalah yang Karl dapat dari alat itu. Nak juga tahu kan.

.
.
.

Keesokan harinya

Aku berlari di koridor ini menuju ke bilik rawatan. Jiwa aku sungguh risau apabila menerima berita buruk tadi.

Hari ini sepatutnya hari untuk aku ujian muzik tetapi lain pula yang jadi. Aku sendiri tidak sangka semua ini terjadi. Aku fikirkan tidak akan benda buruk terjadi rupanya tidak.

Bam!

Pintu bilik rawatan itu dibuka paksa oleh aku. Aku berjalan menuju ke arah satu katil yang tertutup dengan langsir itu.

Ditarik aku langsir rersebut dan kelihatan Carol sedang berbaring di atas katil itu sambil tangan dicucukkan sesuatu.

"Apa dah jadi? Macam mana kau kena keracunan makanan ni?" Soal aku.

Carol yang berbaring di atas katil itu cuba mengangkatkan badannya. Aku menolong dia menyandar di kepala katil tersebut.

"Saya minta maaf. Saya memang tak tahu," jawabnya.

Aku memandang risau ke arah budak itu. Aku bukan kisah sangat akan ujian itu tapi aku lebih kisahkan kesihatan budak ini.

Bagaimana dia boleh keracunan makanan kalau ada dekat sekolah ini?

Kalau dekat luar boleh, tapi dia tinggal di asrama sekolah jadi mesti semua makanan sekolah sudah diperiksa kecuali ada orang beri dia makanan luar.

"Kakak pasal ujian tu, saya boleh buat."

"Tak, kamu tak boleh. Kamu rehat sampai kamu sembuh."

"Saya boleh. Saya tak nak kakak gagal, sebab saya lagi," budak itu merayu.

"Carol, dengar kata aku. Kalau kau buat semua tu nanti akan lebih sakit. Sekarang bukan sebab gagal ke tidak tapi sebab kesihatan badan kau. Kalau kau tak jaga nanti akan jadi lebih bahaya," tegas aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now