cp 19

895 114 0
                                    

Aku duduk di meja makan di rumah itu. Bijirin dihadapan aku dimakan sambil aku bermain telefon.

Aku cuba baca berita terkini yang ada di laman sosial. Terdapat juga berita terkini yang datang menarik perhatian aku.

Selesai sahaja aku sarapan pagi, aku terus mencuci semua pingan mangkuk yang aku gunakan tadi.

Setelah itu aku terus berlari ke arah sofa di ruang tamu rumah ini. Tangan aku masih lagi bermain dengan telefon aku.

Aku melihat jam pada skrin telefon ini tengah menunjukan pukul 7.30 pagi. Seingat aku semalam Karl ada mengatakan pada aku untuk mengejut dia pada jam ini.

Nampaknya terpaksalah aku kejutkan budak tu. Karl bukan jenis manusia yang dapat bangun pagi senang seperti aku, jadi kalau dia ada kerja pada awal pagi mesti dia akan minta tolong sesiapa yang bangun dia.

Dulu aku pernah suruh dia guna jam loceng tapi lain pula yang bangun. Aku yang bilik disebelah dia pula yang bangun. Dia pula tidur mati tak terjaga dalam bilik dia.

Tak tahu lah macam mana dia hidup tanpa aku dulu. Agaknya macam mana pula lelaki tu bangun sendiri.

Aku berjalan menuju ke bilik Karl yang tidak jauh dari situ. Aku mengetuk bilik itu dahulu. Mana tahu dia dengar aku ketuk jadi tak perlu aku nak masuk.

Tapi malangnya tidak. Memang tidur mati mamat tu.

Aku memulas tombol pintu itu dan terus masuk. Bilik itu kelihatan sungguh gelap dan sejuk. Langsir yang menutup tingkap itu membuatkan bilik ini tidak dimasuki cahaya.

Aku berjalan menuju ke sebuah katil besar di tengah bilik itu. Dan kelihatan seoarang putera tidur sedang tidur nyenyak di atas katil itu.

"Karl... Karl... Bangun," aku cuba mengejutkan putera itu.

Lelaki itu sedikit terjaga apabila aku kejutkan dia tadi. Namun perkara itu hanya terjadi selama 3 saat sahaja. Setelah 3 saat dia kembali tidur lagi.

Itulah yang buat aku sakit hati. Orang dah kejut tu bangunlah. Ni tidur balik. Kau fikir aku ni tak penat ke kena hadap manusia macam kau selama ni. Penat tau kena kejut manusia macam ni.

Entah manusia ni tidur ke koma sampai susah sangat nak bangun.

Aku yang berdiri di tepi katil itu berasa sungguh sakit hati. Dan tiba-tiba aku memikirkan sesuatu di otak aku.

Aku memegang hujung kain selimut lelaki ini lalu aku tarik membuatkan lelaki itu tidak berselimut lagi.

Niat aku nak suruh lelaki ini berasa sejuk ada terus bangun, tapi lain pula yang jadi.

"Kau tak pakai baju! Tak sejuk ke?" Aku terkejut melihat lelaki ini tidur tanpa menggunakan baju, hanya menggunakan seluar.

Aku yang berdiri baru dalam 5 minit di bilik ini sudah rasa sejuk macam dekat kutub utara, mamat ni boleh pula tidur sepanjang malam tak pakai baju. Kulit mamat ni ada alat pemanas ke apa tahan sangat sejuk.

"Mhmm... Bagi balik selimut aku," Karl menarik menarik selimutnya dari tangan aku lalu menyambung tidurnya balik.

Sakit betul hati aku dengan lelaki ini. Dah lah minta tolong aku kejutkan tapi tak nak beri kerjasama untuk terus bangun.

"Oi, bangunlah... Kau kata kau ada kerja hari ni kan," aku menggoyangkan badan lelaki itu.

"Mhmm... 5 minit," balas lelaki itu sambil berbalut dengan selimut itu. Dah macam sushi pula aku tengok.

Aku melihat lelaki sushi di hadapan aku ni. Ni memang nak kena makan. Kau ingat aku ni baik sangat ke nak beri kau 5 minit. Kalau kau cakap pukul 7.30 jangan harap aku beri kau masa lebih.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now