cp 43

790 103 2
                                    

Carol keluar dari bilik persalinan perempuan itu selepas selesai menukar bajunya. Tadi dia baru sahaja selesai pembelajaran PE nya, jadi sekarang dia harus balik ke kelas.

Kini kepalanya nasih serabut memikirkan hal yang terjadi pada Seara dan Tina. Dia sendiri tidak sangka bahawa Claire akan menyebarkan video itu di laman web sekolah.

Dia fikirkan apa yang dia kata semalam hanyalah untuk menakutkan mereka, rupanya tidak. Claire memang memaksudkan kata itu.

Disebabkan video itu jugalah kelibat dua orang pembulinya tidak kelihatan langsung pada hari ini. Sejak mereka berdua keluar dari kelas pagi tadi, mereka berdua itu langsung tidak pernah masuk kali ke kelas semula.

Carol memgeluh kecil di dalam hati. Dia menuruni tangga di bangunan itu untuk pergi ke bangunan satu lagi dimana kelasnya terletak.

Baru sahaja dia turun tiba-tiba satu tangan menarik gadis itu pergi ke belakang bangunan tersebut. Dia tidak dapat melawan kerana 2 orang yang menariknya manakala dia hanya seorang. Memang susah lah.

Sesampai sahaja mereka di belakang bangunan itu, badan Carol terus ditolak ke dinding. Terasa sungguh sakit belakangnya.

Carol mendongak ke atas untuk melihat gerangan yang menariknya tadi dan orang itu adalah Seara dan Tina.

"Apa korang nak?" Soal Carol ketakutan.

"Aku nak kau beritahu perempuan hari tu buang video kamu berdua dan cakap yang video tu hanya lakonan. Bukan yang benar pun," jawab Seara kepada Carol.

"Kenapa aku mesti buat benda tu? Tu salah korang yang buli aku," Carol Cuba memberanikan dirinya untuk menjawab balik. Walaupun kenyataannya dia sangat takut waktu itu.

Seara dan Tina saling memandang lalu mereka berdua mengangguk. Rambut Carol ditarik membuatkan kepalanya terangkat. Tak tahulah kenapa mereka suka sangat tarik rambut orang ni.

"Kau nak hidup kau tenang tak dekat sekolah ni? Kalau kau nak, buat apa aku suruh," Jerkah Seara.

Carol sudah ketakutan. Kepalanya sungguh sakit kerana rambutnya ditarik oleh Tina. Tangannya pula cuba menahan tangan Tina yang menarik rambutnya itu.

"A-aku tak nak," balasnya dalam kesakitan.

"Okay, kau yang minta semua ni."

Rambut Carol dilepaskan oleh Tina menyebabkan dia terjatuh ke tanah. Kemudian Tina mengeluarkan gunting dari poket bajunya dan ditunjukkan kepada Carol. Manakala Seara pula mengeluarkan telefonnya seperti ingin merakam kejadian itu.

"Hari ni aku tak akan gunting rambut kau tapi aku akan gunting baju kau. Biar satu sekolah ni dapat tengok video tak senonoh kau," senyuman jahat keluar dari mulut Tina.

Carol pada masa itu sudah mula takut. Dia tak nak video itu disebarkan. Benda itu akan merosakkan reputasinya di sekolah ini dan juga mungkin dia boleh dibuang sekolah.

Carol cuba merota-rotakan badannya untuk melepaskan diri dari Tina. Namun semua itu gagal. Gunting di tangan Tina sudah mula menggunting kain bajunya.

Sungguh besar kesan gunting itu sehinggakan boleh nampak badannya. Carol dengan sedaya upaya cuba mengelakkan daripada terakam kamera Seara tapi hasil tetap juga tidak berjaya. Bajunya sudah koyak besar.

Dia sungguh malu dan takut pada waktu itu. Dia mahu menjerit meminta tolong tapi kawasan itu sungguh sunyi. Tiada seorang pun pelajar yang lalu. Mungkin itulah kali terakhir mukanya akan ada disekolah ini.

"Ini sebab kau tak dengar kata aku tadi," semakin teruk kain baju Carol digunting.

Tina dan Seara pula hanya tersenyum senin. Tak sabar hendak hancurkan hidup budak dihadapan mereka.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now