cp 114

943 79 2
                                    

Seorang wanita berambut perang berbaju putih berjalan menuju ke satu bilik vip yang terletak di hujung korido ini.

Pintu dibuka namun dia tidak melihat sesiapa pun di dalam bilik itu. Barangan penghuni bilik itu masih ada tetapi penghuninya sudah tiada di dalam bilik ini.

Wanita itu cuba lagi masuk lebih dalam bilik itu. Memang tiada penghuni. Berfikir sejenak ke mana perginya penghuni bilik itu.

Badan dia menyandar di tepi tingkap sambil matanya merenung katil kosong di hadapannya.

Dia perasan bahawa kain selendang yang dia berikan secara senyap-senyap itu sudah tiada. Nampaknya gadis itu keluar menggunakan kain tersebut.

Tersenyum nipis wanita itu apabila mengingati bahawa gadis itu menggunakan barangan pemberiannya tanpa tahu siapa pemberinya.

Seterusnya mata dia menjeling ke arah luar tingkap. Satu gazebo di taman hospital itu dapat di lihat dari situ.

Dan serta-merta mata dia terbuka besar. Dia melihat gadis yang dicarinya menanggis sambil dipeluk oleh seorang lelaki.

Situasi itu seperti Claire sedang meminta maaf sehingga dia menangis. Wanita itu tahu bahawa Claire cuba meminta maaf kerana dia kenal sangat gadis itu bila sudah bersalah.

Dia akan menangis sambil meminta maaf. Dia tetap akan minta maaf walaupun dia tidak bersalah.

Kejadian itu melegakan hati wanita tersebut. Dia dapat lihat diri gadis itu yang dahulu.

Dia tahu Claire sudah berubah menjadi seorang yang sangat dingin sejak dia pindah ke keluarga Claes. Jadi bila dia dapat melihat situasi ini dia amat berasa lega.

"Segala kesengsaraan kamu sudah tamat, Claire. Kamu sudah berjaya," ujar wanita itu sambil tersenyum.

Sungguh bahagia dirinya dapat melihat Claire begitu. Sekarang sudah tamatlah tugasnya mencari kebahagiaan gadis itu. Mungkin dia sudah tidak diperlukan lagi untuk Claire sekarang. Semua sudah tamat.

Kaki wanita itu melangkah keluar dari bilik tersebut. Senyuman mengiringi mukanya.

Inilah yang dikatakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Barulah dia faham erti ayat itu.

Tetapi dia ada satu lagi perasaan sedih. Mungkin disebabkan dia masih tidak dapat menunjukkan dirinya di hadapab gadis itu.

Bukan tidak boleh tetapi dia belum bersedia. Dia takut apa yang akan dikatakan oleh gadis itu nanti. Takut dia tidak akan diterima kembali.

Pintu keluar hospital itu melangkah olehnya. Kini dia sudah keluar dari hospital. Niatnya mahu terus kembali ke kereta tetapi terhenti apabila melihat satu kawasan yang penuh dengan bunga lily berdekatan dengan pintu keluar itu.

Kakinya melangkah menuju ke tempat itu. Tersenyum dia meilihat bungan lily yang merka di musim sejuk begini.

Memang mengingatkan dia tentang memori dia dimana dia selalu menanam bunga ini an ditoling oleh Claire. Waktu itu adalah waktu paling bahagia baginya

Didampingi oleh Claire dan senyuman yang tidak lekang. Andai sahaja dia boleh memutarkan masa.

"Mama..." Tiba satu suara yang amat dia kenali kedengaran.

.
.
.
.
.

"Mama..." aku memanggil.

Wanita itu terus menoleh apabila pangilan aku didengari. Mata aku terbuka besar. Masa di sekeliling aku seakan terhenti.

Wanita yang aku rindui selama ini ada di hadapan mata. Ini ilusi aku ke?

Bukankah wanita ini sudah pergi meninggalkan aku 16 tahun lepas. Tapi wajah jelita di hadapan aku ini tidak lain tidak bukan adalah ibu aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now