cp 72

787 91 0
                                    

"Kau ni dah kenapa muka macam tu? Badmood ke," soal Rechel yang duduk di kerusi penumpang sebelah aku.

Aku yang memandu kereta itu tidak menjawab soalan Rechel. Mata aku memandang tajam jalan raya yang ada di hadapan aku.

Memang betul kata Rechel, aku sekarang tengah badmood. Bukan sebab aku datang bulan ke apa tapi sebab Karl pagi tadi.
.
.

Flashback

Aku memandang cermin yang ada di hadapan aku. Aku sudah siap memakai baju untuk keluar bersama Rechel dan Ian untuk pergi berjumpa Saint. Untung sahaja hari ini sekolah aku bagi cuti untuk kami semua selepas lawatan. Ada juga masa aku untuk rehat sekajap.

Selesai sahaja aku membetulkan rambut aku, aku terus mencapai beg tangan dan kunci kereta aku. Pintu bilik ini dibuka lalu serta merta aku terjatuh apabila meminjak lantai di hadapan bilik aku.

Aku terkejut tidak terkata pada waktu itu. Aku cuba berdiri kembali tetapi jatuh semula. Lantai disitu memang sangat licin seperti diletakkan minyak.

"Jatuh ke," ujar Karl yang ada di duduk di sofa hadapan aku.

Dia tersenyum melihat semua itu. Pasti kerja lelaki itu. Nak balas dendam dengan akulah sebab malam tadi.

"Ni mesti kerja kau," kata aku.

"Entahlah, aku pun tak tahu kerja siapa," selamba dia menjawab.

Aku dengan perasan geram cuba berdiri untuk mengejarkannya tetapi aku terjatuh balik akibat licin lantai ini.

Lelaki di hadapan aku hanya tersenyum melihat aku. Siap kau kalau aku dapat kau nanti.

"Yang tu tolong bersihkan sendiri ya. Aku nak pergi kerja. Also gelas ni cuci sekali," dia meletakkan gelas kaca di atas meja berdekatan dengan aku.

Lelaki itu terus meninggalkan aku begitu. Geram betul hati aku. Tak pasal-pasal aku lambat nak ambil Rechel di asrama dia akibat terpaksa bersihkan semua ini. Baju aku pun kena tukar sebab kotor terkena minyak dilantai itu.

End of flashback
.
.

"Kau tahukan jalan ke sekolah Saint?"

"Tahu," pendek jawapan aku.

Memanglah tahu kalau ada GPS depan ni. Tulis jer nama sekolah terus jer benda ni tunjuk jalan ke sekolah itu.

Mesti korang terfikir kenapa aku nak pergi ke sekolah budak tu pula. Sebenarnya kami bertiga bercadang untuk berjumpa dengan Saint selepas aku tahu bahawa lelaki itu ada kena-mengena juga dalam tolong kes ini.

Jadi kami bertiga pun fikirlah nak jumpa hari ini. Tapi masalahnya sekolah Saint tidak cuti dan Saint pula ada pertandingan hari ini.

Pertandingan apa?

Nak tahu? Awal aku cakap pertandingan lelaki itu memang aku susah nak percaya tapi aku terpaksa percaya.

Dia masuk pertandingan cheerlider. Ya, pertandingan sorak tu.

Terkejutkan!

Aku pun terkejut bila tahu semua itu hari tu. Susah aku nak percaya lelaki itu masuk sorak. Walaupun aku tahu bahawa lelaki memang boleh masuk pertandingan seperti itu tapi aku tidak sangka bahawa dia akan masuk.

Kumpulan sekolah lelaki itu siap boleh menang wakil negara pula tu. Kuat juga sekolah dia tu. Bukan sekolah sukan ini tapi boleh menang seperti itu. Memang hebat.

Pintu gerbang sekolah itu kelihatan oleh aku yang memandu itu. Kereta aku terus dipandu oleh aku memasuki sekolah yang bernama Kendrick Highschool.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now