cp 17

886 122 1
                                    

Aku berdiri di balkoni rumah ini bertemankan langit malam yang gelap. Hanya bintang dan bulan yang menyinari langit itu sekarang.

Ditangan aku sekarang, terdapat satu gambar yang amat aku sayangi. Melihat gambar itu membuat aku mengingati insan tersebut.

Dan perkara itu membuatkan aku sedih. Aku tidak dapat berjumpa insan tersebut lagi. Aku amat merinduinya setelah 17 tahun dia meninggalkan aku.

Aku amat mengagumi insan ini dahulu tetapi semua itu sudah menjadi bayangan sahaja. Aku tidak dapat bermain piano lagi jadi untuk mengagumi insan ini sudah seperti tidak berguna.

Tapi walaupun aku tidak mengaguminya lagi, aku masih lagi sayang dan rindukan dia. Aku tidak pernah lupa memikirkan dia sepanjang aku hidup. Bagi aku dialah segalanya. Aku memang berharap aku dapat menjumpainya sekali lagi buat kali terakhir.

Angin sejuk malam itu memang membuat aku berasa sayu hati memikirkan orang itu. Andai saja aku boleh memutarkan masa untuk bertemu orang itu.

"Apa kau buat luar ni?" Satu suara menegur aku.

Aku menjeling ke arah suara itu dan mendapati suara itu adalah suara Karl. Dia berdiri tepat disebelah aku.

"Tak da apa-apa. Just nak rehatkan kepala ni," jawab aku.

Karl diam mendengar jawapan aku. Aku pula hanya sambung melihat permandangan waktu malam ini.

Bandar ini memang terasa sungguh nostalgia. Sudah berapa lama agaknya aku sudah tidak kembali melihat bandar ini. Kalau bukan disebabkan oleh Karl mungkin aku tidak akan balik ke bandar ini.

"Ini, kerja baru kau. Kau simpan benda ni dulu nanti aku terang dekat kau pasal kerja baru kau," ujar Karl lalu memberikan aku satu pen drives.

Aku menganguk tanda faham lalu aku mengambil benda itu dan memasukkannya ke dalam poket baju aku.

"Karl esok aku nak keluar. Kau tak perlu ekot aku," ujar aku lalu membuka langkah pergi dari situ.

Aku malas nak bergaduh dengan Karl pada hari itu. Lagipun aku tidak ada tenaga nak gaduh bila aku memikirkan insan yang tersenyum di dalam gambar ini.

.
.
.
.
.

Karl melihat Claire meninggalkan dirinya. Dia tahu kenapa Claire begitu setelah melihat gambar yang ada di tangan Claire tadi.

Dia amat kenal gadis itu. Setiap tahun pada tarikh ini gadis itu akan duduk di balkoni pada waktu malam sambil memegang gambar itu.

Karl yang melihat kejadian itu setiap tahun juga berasa kesian pada Claire. Tapi dia tidak mahu tunjukkan.

Dan sebab itu juga tadi Karl tidak menentang permintaan Claire kerana dia tahu kenapa gadis itu hendak keluar esok.

Lagipun inilah satu-satu peluang bagi Claire untuk berjumpa dia. Tak kan lah Karl nak halang pula. Sekejam mana pun Karl itu, kadang-kala ada juga sifat kemanusiaan dia.

Apatah lagi bila hal yang melibatkan adik angkatnya itu.

"Jadi esok anniversary dia tu lah," kata akhir Karl.

.
.
.
.
.

Aku keluar dari kereta setelah aku sampai ke destinasi aku. Sejambak bunga Lily yang berada di kerusi penumpang sebelah aku diambil lalu aku mengunci kereta itu.

Aku melihat dahulu persekitaran kawasan ini. Sudah lama aku tidak ke sini tapi kawasan ini masih juga tidak berubah. Masa seperti terhenti disini.

Aku berjalan mengikut laluan yang telah disediakan. Nasib juga aku masih lagi ingat dimana tempat itu. Kalau tidak mesti susah aku kena baca nama satu persatu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now