cp 66

798 98 4
                                    

"Saya boleh tolong," tiba satu suara hadir di gazebo itu.

Semua mata di gazebo itu memandang ke arah datangnya suara itu dan kelihatan Zale yang berdiri di situ.

Aku yang duduk tadi berdiri apabila melihat Zale hadir di gazebo itu. Aku seakan tidak percaya melihat kehadiran adik kelas aku itu.

"Boleh tak kalau saya nak pinjam kakak Claire kejap?" Pinta lelaki itu.

Rechel dan Ian masih dengan muka kebingungan hanya membenarkan sahaja budak lelaki tadi meminjam aku.

Selepas meminta kebenaran, Zale terus menarik tangan aku pergi dari situ. Aku yang masih kebingungan itu hanya ikut sahaja ke mana budak itu membawa aku.

Hampir beberapa minit kami berjalan, akhir dia berhenti. Kami kini berada di belakang bagunan yang sedikit jauh dari gazebo tadi. Aku masih lagi tertanya kenapa budak lelaki ini membawa aku ke sini.

"Zale. Kena-"

"Saya minta maaf," ujar Zale membuat aku terkejut.

Dia minta maaf pada aku. Kenapa tiba-tiba?

Aku terkejut melihat budak ini. Ada salah makan ke apa tadi? Ke budak ni deman sekarang?

"Kamu sakit ke?" Soal aku.

"Saya tak sakit. Saya memang nak minta maaf."

Pelik aku melibat budak ni. Hari tu bukan main marah dia pada aku. Tapi sekarang minta maaf pula. Kena bipolar ke apa?

"Kenapa tiba-tiba?"

"Kakak, saya tahu selama ni saya salah. Saya tak patut marahkan kakak sebab kakak pindah sekolah. Saya terlalu selfish. Jadi saya memang nak minta maaf."

Kepala budak ditundukkan membuatkan dia seperti berasa sungguh bersalah.

"Saya sebenarnya tak ada niat nak benci pada kakak, tapi disebabkan ego saya, saya menjadi benci pada kakak. Saya waktu tu memang bodoh. Bagi saya kakak tiada lebih sakit daripada kakak pergi. Saya memang minta maaf pada kakak. Saya tak sanggup nak benci pada kakak lagi."

Aku tersenyum mendengar kata maaf keluar dari mulut budak itu. Dia tidak berubah. Masih lagi comel seperti dulu walaupun sudah sedikit tinggi dari aku.

Tangan aku diangkat lalu aku mengusap kepala yang menundukkan itu. Budak itu terkejut dan terus megangkat mukanya.

"Tak pa, kakak maafkan. Kakak tahu kami mesti sakit bila akak tinggalkan kamu dulu. Jadi kakak pun nak minta maaf juga untuk itu," kata aku memaafkan budak itu.

Zale tersenyum dan secara tiba dia memeluk aku. Aku tidak menolak malah menerima pelukan itu.

"Terima kasih kakak. Terima kasih kakak."

Memang betul itu adalah Zale yang dia kenal. Seorang yang jujur dan baik hati. Ketika aku sekolah disini dahulu, Zale adalah seseorang yang amat aku percaya.

Budak itu sangat rapat dengan aku atas sebab satu peristiwa. Dan sejak peristiwa itu dia menjadi pianist aku sehinggalah aku keluar dari sekolah ini.

Dia lepaskan pelukan itu lalu dia mengesat air matanya yang keluar tadi. Tidak berubah ya. Masih lagi macam dulu. Cepat sangat rasa terharu.

"Maaf kakak. Terikut perasan pula tadi," ujarnya sambil tertawa kecil.

Aku menggelengkan kepala tanda tidak kisah. Tangan aku yang masih lagi menyentuh kepalanya di lihat oleh Zale. Rambut budak itu dimain oleh aku.

"Sejak bila kamu warna rambut kamu? Siap pandai pakai earring bagai," soal aku apabila melihat perubahan fizikal Zale.

"Oh, yang ni saya mula pakai tahun ni. Rambut ni pula saya mula warna sejak kakak pindah. Saya tak dapat lupakan kakak sebab tu warna rambut saya sama warna dengan rambut kakak. Kenapa? Kakak tak suka ke? Kalau kakak tak suka, saya boleh tukar."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now