cp 56

804 90 0
                                    

Aku duduk di gazebo sekolah ini sambil memandang kertas putih di tangan aku.

Kertas itu adalah borang kebenaran untuk pergi ke open house sekolah lama aku.

Sudah sampai masanya untuk lawatan itu akan dilakukan. Aku masih tidak dapat berfikir adakah aku mahu pergi atau tidak kerana semua itu sudah ditetapkan wajib untuk pergi. Tapi aku boleh guna kuasa Karl untuk tidak pergi.

.
.

Flashback

"Okay, itu borang kebenaran kamu. Isi dan minta tandatangan ibu bapa atau penjaga kamu. Minggu depan saya nak borang tu balik."

Aku memandang borang yang masih kosong dengan jawapan itu. Perlu ke aku pergi ke sekolah itu.

Kenapalah sekolah ini wajibkan murid tahun akhir pergi? Bukankah lebih baik untuk bawa murid tahun pertama pergi daripada murid seperti aku.

Tahun depan aku sudah tamat belajar, jadi tak ada guna pun bawa. Bukanya dapat masuk lagi kalau sudah tamat sekolah. Pelik betul sekolah ini?

"Sesiapa ada soalan?" Tanya cikgu itu.

Satu kelas senyap dan tiba-tiba seorang murid lelaki mengangkat tangannya. Dia berdiri lalu menanyakan soalannya.

"Berapa lama kami dekat sana, cikgu?"

"Disebabkan open house iu dibuat seminggu mungkin kamu akan ada di sana dalam masa 5 hari."

Pelajar lelaki tadi duduk kembali selepas cikgu itu mengucapkan terima kasih padanya.

Tiba satu kelas kecoh dengan bisikan pelajar. Ada yang mengatakan bahawa mereka malas, ada yang teruja dan ada juga pelajar yang berbisik mahu mendapatkan kekasih disana. Mereka fikir ni program cari jodoh ke nak dapatkan kekasih pula.

Aku tertawa kecil di dalam hati aku. Boleh tahan juga kelas ini. Orang yang pergi sana biasanya mahu mendapatkan ilmu atau pengalaman lebih tapi mereka ni datang sana hanya sebab nak mengorat pelajar lelaki dekat sana.

Seingat aku pelajar sana tidak adalah yang cantik dan kacak sangat. Tapi tak akan aku nak beritahu mereka semua itu. Patah hati mereka nanti.

Kringgg!

Loceng tamat waktu sekolah berdering. Aku terus mengemas barangan aku untuk terus balik ke rumah. Memandangkan hati ini aku tidak ada kelas sesi petang jadi aku boleh pulang awal.

"Oh ya, lupa cilgu nak beritahu. Nanti waktu lawatan tolong bawa alat muzik kamu."

Satu kelas tiba senyap kembali. Mereka semua memandang cikgu itu. Aku juga turut berbuat begitu. Aku rasa satu kelas sekarang ada soalan yang sama dengan aku.

Untuk apa bawa alat muzik pula?

End of flashback
.
.

Borang itu sudah aku isi dengan maklumat hanya tandatangan aku sahaja diperlukan untuk memastikan kepergian aku.

"Tak sabar aku nak pergi open house tu nanti," ujar Rechel yang duduk di hadapan aku.

Aku mengangkat kepala aku untuk melihat muka gadis itu. Mukanya kelihatan sungguh senang memikirkan hal itu. Apa yang seronok sangat pergi ke sekolah itu? Bagi aku semua itu macam aku melangkah balik ke neraka.

"Kau tak gembira ke dapat pergi balik ke sekolah lama kau?" Soal Rechel.

"Tak."

"Kenapa pula? Kau tak nak jumpa kawan lama kau ke?"

"Jumpa mereka tu, sama sahaja macam jumpa sampah. Tak ada guna," kata aku tanpa berasa kesian.

Seusai sahaja selesai sesi soal jawab bersama Rechel tadi, aku terus berdiri dan membuka langkah pergi dari situ.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now