cp 76

748 97 7
                                    

"Kenapa Eva macam takut dengan kau hari ni? Kau ada buat apa-apa pada dia ke?" Soal aku pada Rechel yang berdiri di samping aku.

Aku perasan semua itu pada hari ini dimana aku melihat Eva yang dulunya sungguh berani terhadap Rechel tiba-tiba kecut perut bila bertembung dengan Rechel pada hari ini.

Bila bertembung sahaja mesti dia akan cuba larikan diri dari Rechel. Malah mata pun dia tak nak bertemu dengan Rechel.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin dia takutkan kau kot, bukan aku." Dia tersenyum disitu.

Aku memerhati sahaja muka gadis itu. Seperti ada benda yang dia sorokkan.

Aku tahu bahawa Eva bukan takutkan aku pada hari ini tapi dia takutkan Rechel sebab apabila aku di dalam kelas tadi aku dapat lihat Eva melarikan diri selepas melihat muka Rechel bukan aku. Sungguh mencurigakan.

"Petang ni tak ada kelas. Kau nak practice tak? Ian pun tak ada kelas petang ni," Soalnya kepada aku.

Aku mengangguk tanda setuju. Selepas itu kami berdua terus masuk ke kelas apabila loceng tamat waktu rehat berdering.

.
.
.

Time skip

Aku duduk di dalam bilik latihan ini sambil bermain telefon. Rechel dan Ian yang ada di hadapan aku berlatih dengan tekun.

Aku membiarkan mereka berlatih dahulu sebelum aku kerana aku tahu Rechel perlukan latihan yang lebih banyak untuk menyempurnakan permainan dan aku pula boleh menjadi guru yang mengajar dia.

"Claire, kau pula. Aku nak rehat," ujar Rechel sambil berjalan ke arah aku.

Aku meletakkan telefon aku di atas meja lalu mengambil violin aku. Aku benarkan Rechel dan Ian rehat dahulu sementara aku berlatih.

Biarlah mereka rehat atau nanti mereka akan kepenatan dengan cara aku mengajar selepas aku berlatih ini.

Buku not muzik yang ada di hadapan aku diselakkan menuju ke muka surat yang aku mahu. Selepas sahaja muncul muka surat itu, aku terus mengangkat violin aku dan mula memainkannya.

Hampir beberapa minit aku memainkannya tanpa ada kesalahan not atau cara permainan. Sempurna. Itulah cara permainan yang aku mahu.

"Argh!"

Bow violin aku terjatuh apabila tangan aku terasa sungguh sakit. Aku terduduk di atas lantai bilik itu.

Mata aku memandang ke arah tangan kanan aku yang tidak dapat bergerak itu. Tak kan lah aku dapat myalgia.

"Claire, kenapa ni?" Rechel gelabah menyoal aku.

"Ta-tangan aku. Tak dapat gerak."

Tangan aku semakin lemah. Kali ini memang dia tak dapat gerak. Aku cuba sedaya aku tapi masih juga gagal.

Rechel yang ada di sebelah aku cuba memegang tangan aku dan urutannya tapi semua itu gagal.

Aku tak dapat gerakkan tangan aku.

.
.
.
.
.

"Kenapalah budak tu tak dapat uruskan semua tu sendiri. Tak pasal-pasal aku terpaksa tolong juga," bebel Perth seorang diri di koridor itu.

Kakinya cepat melangkah ke bilik rawatan sekolah itu. Dia fikirkan hari itu dia mahu berlatih di bilik latihan sebab tiada kelas tapi tak sangka pula semua itu hancur akibat Ray.

Disebab Ray yang tak siapkan laporan dia terpaksa berjalan jauh pergi ke bilik rawatan tempat Ray berada sekarang.

Pintu bilik rawatan itu dibuka dan kelihatan tiga orang pelajar ada bersama dengan Ray di dalam bilik itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now