cp 89

795 87 4
                                    

Langkah kaki aku berhenti menginjak tanah. Satu batu sedarhana besar ditatap oleh aku. Sungguh aku kenal nama yang terukir di batu tersebut.

Rania Aderline.

Ibu aku. Wanita yang melahirkan aku dan menjaga aku dahulu. Bunga lily yang ada ditangan aku diletakkan di hadapan batu tadi.

Hati aku terasa berat melihat nama yang terukir indah itu. Kejadian yang berlaku pada aku yang lepas memang memberi luka dalam yang sungguh sakit.

Tidak tahu kenapa kali ini lukanya terasa sangat sakit. Dulu kala aku memang terasa namun kali ini rasanya bagai dibelah dalam.

"Mama..." sebut aku.

Mata aku mula berkaca. Melihat keadaan ini memang membuat alhati aku sendu.

"Apa yang Claire patut buat?" Sendiri aku menyoal.

Angin yang bertiupan seperti menyuara kata mereka. Tidak faham dan aku tidak kisah kerana apa yang aku mahu hanya suara wanita di hadapan aku.

"Claire tak tahu hendak buat apa lagi, mama."

Air mata terus mengalir dari kelopak mata. Jujur hati aku sangat tersiksa menerima semua ini.

Apa semua ini memang harus aku hadapi seorang diri?

Kekuatan aku terlalu lemah menerima semua ini. Aku mahu seseorang yang boleh tolong aku.

"Mama... Tolong Claire..."

Kaki aku menjadi lemah. Aku terlutut dihadapan makam tersebut. Air mata aku mengalir menjatuhi tanah ini.

Sungguh aku sangat lemah pada waktu ini. Sangat lemah sehingga aku rasa sangat tidak berguna di dunia ini.

Adakah aku patut pergi sahaja?

Mungkin aku terlalu lemah untuk bernyawa. Dan aku tersilap memikir aku sangat kuat.

"Kalau mama boleh dengar, mama mesti fikir Claire ini lemah. Ya, Claire memang lemah. Sangat lemah. Claire tak boleh hidup seperti ini lagi. Claire sudah penat," serbak suara aku mengadu seorang diri.

Aku tidak dapat menahan tangisan ini lagi. Biarlah aku lepaskan semuanya di sini.

Aku tahu bahawa Rania tidak dapat mendengar semua ini. Tapi aku tetap mahu lakukan kerana aku sudah terlalu penat.

Aku mahu ibu aku tahu semua ini walaupun dia tidak dapat mendengar.

"Claire," satu suara tiba menyebut nama aku.

Aku menoleh ke belakang dan melihat gerangan yang memanggil aku.

Lelaki berumur segak berbaju kemeja tepat di belakang aku. Terbuka besar mata aku melihat lelaki itu.

Dia adalah Darren Ascart. Insan yang tidak mahu aku panggil ayah kepada diri aku.

"Kamu-"

"Apa kau buat sini?" Soal aku kasar.

Tangan lelaki itu membawa sejambak bunga Lily sama seperti aku. Nampaknya dia datang untuk melawat Rania.

"Papa nak lawat mama," balasnya.

Mata aku menatap tajam muka lelaki itu. Aku mula berdiri. Jujur aku tidak suka akan lelaki itu.

Dia penyebab Rania, ibu aku pergi tinggalkan aku. Semua sebab dia.

"Kenapa kau sebuk nak lawat ibu aku? Mana pergi isteri baru kau?"

Aku dapat lihat lelaki itu terdekat mendengar soalan aku tadi. Tahu sangat dia faham apa yang aku maksudkan.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now