cp 88

795 90 6
                                    

Matahari yang tidur sudah pun mula terjaga. Langit yang hitam mula bertukar putih. Dengan kicauan burung memang menenangkan pagi itu.

Terasa sungguh segar udara disitu. Karl duduk di sebuah bangku di taman rumah itu bersama dengan Claire yang bermain bunga disebelahnya.

Tidak tahulah kenapa sejak semalam gadis itu asik melekat sahaja pada Karl. Kemana Karl pergi ke situ juga dia pergi. Tapi satu perkataan pun gadis itu tidak katakan.

Karl melihat Claire yang bermain dengan bunga yang seperti sudah menjadi mahkota dibuat Claire. Mahkota dari bunga. Sungguh pandai gadis itu membuat mahkota itu. Karl juga terasa kajum atas hasil tangan Claire. Gadis itu seperti pernah membuat itu sebelum ini.

Setelah beberapa minit melihat gadis itu, Karl akhirnya mengeluarkan violin dari begnya. Dia berfikir mahu berlatih disitu.

Violin dikeluarkan lalu terus dia memainkannya tanpa menghiraukan orang lain lagi.

Claire yang mendengar bunyi itu automatik megangkat mukanya melihat Karl. Sungguh dia terpesona melihat permainan Karl.

Selang beberapa minit Karl bermain, akhir dia berhenti apabila dia merasai dirinya di perhatiankan. Dia menoleh ke arah Claire yang memandangnya dengan muka yang terpesona.

"Kau nak cuba main?" Soal Karl sambil menunjukkan ke arah violinnya.

Gadis itu melihat ke arah violin tersebut. Tidak ada jawapan yang dikemukakan namun Karl terus menghulur bow violin tersebut.

Claire mengambil bow itu dan terus Karl meletakkan violinnya dileher Claire. Tangan dia cuba menolong tangan Claire memegang violim itu.

Setelah selesai, Karl terus cuba menggerakkan bow ke arah violin sehingga menghasilkan bunyi.

Claire dengan hati-hati memegang violin tersebut supaya tidak jatuh dan turut mengikuti tangan Karl yang menggerakkan tangannya itu.

Satu tarikan bow di violin itu menyelesaikan lagu yang dimainkan. Tangan Karl berhenti dan begitu juga Claire.

Karl menoleh ke arah Claire yang tersenyum memandang violinnya. Terfikir di otaknya bahawa ada kemungkinan gadis itu menyukai violin.

Semua itu kerana dahulu dia menyukai bermian violin juga begitu. Dia melihat bapanya bermain lalu bapanya mengajar sedikit dan akhirnya dia menyukai alat muzik itu.

Keluarganya tidak pernah memaksa dia memainkan benda itu asalkan dia suka sahaja. Bukan sebab paksa tapi suka dan minatnya.

"Karl, Claire." Datang satu suara menghentikan hayalan Karl.

Karl menoleh ke belakang dan kelihatan ibu bapanya berjalan menuju ke situ. Senyuman terpapar di muka pasangan itu.

"Kamu ajar Claire main violin ke?" Soal lembut ibunya.

"Tunjuk cara main sahaja," jawab Karl.

Ibunya tersenyum lalu mengusap kepala anak lelakinya itu. Sungguh dia tidak sangka Karl sudah seperti seorang abang sungguhan kepada Claire.

"Kamu suka main violin?" Kini ayahnya pula bertanya pada Claire.

Claire mengangguk lalu tersenyum. Terpegun sedikit diri Karl melihat gadis itu tersenyum. Sungguh berbeza dengan diri gadis itu ketika semalam yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Encik Louis senyum dan mengusap kepala gadis itu pula. Pada hari itu dapat dia rasa mempunyai anak perempuan yang dia idamkan. Walaupun bukan anak kandung tapi dia masih juga sayang Claire seperti anak sendiri.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now