cp 25

844 106 0
                                    

Aku duduk di dalam bilik komputer sekolah ini. Komputer di hadapan aku dibuka tapi aku langsung tidak memainkannya. Malah mata aku sebuk melihat pen drive di tangan aku ini.

Pen drive ini adalah tugas aku yang seterusnya di sekolah ini. Benda ini diberikan oleh Karl pada aku hari itu dan pada malam tadi dia memberitahu tugas aku yang seterusnya mengenai benda ini.

.
.
Flashback

"Tugas kau senang jer. Kau just masukkan virus komputer yang dalam benda ni dalam mana-mana komputer sekolah tu," terang Karl.

Aku mengambil Pen drive itu. Otak aku berfikir apa guna virus yang Karl maksudkan. Tak kan dia nak rosakkan semua alat komunikasi sekolah tu.

"Apa kau nak aku buat dengan benda ni?" Soal aku.

"Virus tu gunanya untuk akses semua komputar sekolah kau dengan komputer aku."

"Apa guna kau buat macam tu?" Aku kehairanan.

"Tu supaya aku dapat tahu maklumat rahsia sekolah kau," balasnya.

Aku melihat benda kecil berwarna hitam ini. Kerja kali ini tidak lah susah sangat, hanya letakkan virus itu sahaja. Lagipun benda itu dulu aku pernah buat jadi memang senanglah aku lakukan.

"Virus tu dapat akses sampai berapa peratus?" Aku baru terfikir akan hal itu apabila aku mengingati kejadian dulu dimana aku terlalu cuai dalam mengendali virus komputer.

"40 peratus."

"Sikitnya. Kenapa tak guna macam yang aku buat dulu? Sekurangnya dapat sampai 60 peratus," aku terkejut dengan jumlah yang dikatakan oleh Karl itu.

Kalau difikir oleh orang lain memang banyak tapi bagi aku sikit kerana masih belum lepas 50 peratus. Virus yang aku gunakan dulu lagi kuat berbanding dengan ini.

"Aku dah cuba guna yang kau dulu tapi tak sesuai dengan sistem keselamatan sekolah tu, jadi aku cuba buat yang baru," jelasnya.

Kuat juga sistem keselamatan sekolah itu sampai virus yang aku pernah buat dulu tak dapat lepas. Seingat aku virus aku dulu kuat kot.

Seperti pelik sahaja kenapa sekolah itu ada sistem keselamatan yang sangat kuat. Kalau sekolah utama tak apalah tapi ini hanya sekolah bawahan sahaja. Memang mencurigakan seperti ada benda yang sekolah itu cuba sorokkan.

End of flashback
.
.

Benda kecil berwarna hitam ini aku cucuk di kotak komputer di hadapan aku. Setelah keluar fail dari pen drive ini, aku terus menjalankan misi aku seperti sebelum aku.

Aku masukkan virus itu ke dalan komputer itu dan dengan sekejap satu sistem keselamatan sekolah ini aku longgarkan.

Memang pelik bukan, aku adalah seorang violinist tapi aku bagus dalam mengendali komputer seperti pelajar yang belajar di bahagian ini.
Tapi semua itu tidak pelik bagi aku kerana aku memang pernah buat semua ini dahulu di sekolah lama aku untuk membalas dendam pada seseorang.

Korang jangan ingat aku ni baik sangat. Tak ada orang yang terlalu baik kalau sudah dikhianati oleh orang yang mereka percayai. Lagi pun semua peragai ni aku dapat daripada Karl. Jadi jangan salahkan aku sebab semuanya bermula dari Karl yang mengajar aku.

Selesai sahaja tugas aku disitu, aku terus mencabut balik pen drive itu dan membuang semua bukti yang aku gunakan komputer ini. Tak susah senang sangat, apatah lagi bila cctv bilik ini rosak. Memang beruntung aku.

Telefon di dalam beg aku diambil. Aku menghantar pesanan kepada Karl untuk memberitahu dia bahawa kerja aku sudah selesai. Setelah itu aku terus mengemas semua barangan aku untuk keluar dari bilik komputer ini.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now